Thursday 17 January 2013

a minute. soo precious.

assalamualaikum wbt.

ehee. sehat kee semuaa?
penat dengan latah dunia kaan...

ohuu. macam2. tapi, yg penting sekarang ni, kita kena ingtla, kita dalam bulan rabiulawal.
bulan kelahiran kekasih kita..

RASULULLAH S.A.W 
:")

miss him? isnt? huuuu.

nak jupe Rasulullah...serious.
tapi..sungguh rasa diri xlayak.
tapi NAK!!!!

okay okay, relax dulu. nur nk share smthng.
cerita yg sgt2 sekejap.one minute enaf (kalau cakap face to face laa).. tapi nur rasa bole bercucur2 air mata masa dengar crita ni.

peristiwa berlaku pada musim haji yang lepas.
abi nur salah seorang petugas haji untuk bimbing jemaah haji.

setelah selesai ibadah haji dan abi pun alahmdulillah pulang dengan selamat, abi telah dikhabarkan dengan satu berita tentang kematian seorang jemaah haji. seorang perempuan. wanita. isteri kepada seorang suami.
dan kematian hajah ini, sangat2 menakjubkan...

ready nak baca??
ehem.

masa di bumi barakah, almarhumah hajah ni berkata kepada seorang sahabat abi..
masa di makam Rasulullah, mak cik nampak Rasulullah tersenyum pada mak cik. mak cik memberi salam kepada Baginda dan Baginda lalu menjawab salam mak cik.

subhanallah...dapat bertemu Rasulullah. dan RASULULLAH TERSENYUM PADANYA!! DAN MENJAWAB SALAMNYAA!!! Allah Allah Allah.

tiba2, sesampai di malaysia, hajah ini menghembuskan nafas yang terakhir di halamannya yang tercinta.

apabila dikhabarkan tentang kewafatan hajah ni, berlaku satu keajaiban ketika hendak mengkebumikan almarhumah ni. beberapa orang penggali kubur penat menggali kubur almarhumah ni, bila rasa mcm sudah muat ntuk standard ukuran kubur biasa, mereka rasa masih kecil, jadi mereka gali gali dan gali lagi. 
apabila rasa betul2 sudah cukup, mereka terkejut, punyalah luas liang lahad yang mereka telah gali untuk jenazah hajah ni. sedangkann... bila jenazah dibaringakn ke dalam liang lahad. kerdilnya tubuhnya, walhal liang lahadnya sangat2 lah luas dan lebarnya.

T_____________T

bila ditanya pada suaminya apakah amalan ketika hayat hajah ...
lalu suaminya menjawab. tidak pastilah. cumanya...selepas dia memberi anak2 makan, dia akan setia menanti kepulangan saya ntuk makan bersama...

subhanallah!!!!


almarhumah ini seorang isteri yang solehah rupa2nya.
setia menanti kepulangan sang suami. cukup. itu sahaja rahsianya ketika hayatnya.

bayangkan..ketika masih dalam hayatnya, dia sudah mendapat nikmat berjumpa Rasulullah. dan ketika wafatnya dia, Allah telah lapangkan kuburnya.

Allah Allah Allah...
nur pun nak rasa nikmat itu! berjumpa Rasulullah yang sangaaaaat dirindui.huuuu

ehem. betul, bila nur pikir tentang besarnya pahal seorang isteri yang solehah pada suaminya. rasa betul nak cepat bina baitul msulim. tapi, bila pikirkan tentang risiko dan tanggung dan jawab dalam alam rumah tanggga. nur rasa nur belum cukup sempurna dari segi persediaanya...

sebelum nak bina baitul msulim, kena perteguhkan dulu fardhu ain.
baru bole bina baitul  muslim yang utuh sebabnya kesan baitul muslim tuh sangat2 besar kepada masyarkat Islam yang kita harap2kan..xke?

nebes cakap sal baitul muslim. :O 

jadinya, buat para isteri, hargailah suamimu sebabnya, syurga kamu itu dibawah kaki mereka. keutamaanmu juga adalah suamimu. bukan lagi ibumu. tapi, syuga itu tetap dibawah telapak kaki ibu bagi setiap kaum lelaki. dn ibumu adalah satu keutamaan berbanding isteri dan anak2mu.

buat para mawar yang kian mekar dijambangan, ehee :D taatilah ibumu, kerana syurga itu ditelapak kaki ibumu. sama2 eh?

nak jumpa Rasulullah??? ni salah satu kuncinya..
jom rebut sesama!!!!



jaga diri. jaga hati. jaga iman.
wallahualam :)



Tuesday 15 January 2013

kepala vs hati

assalamualaikum wbt.

ehem.
nak senyum ke?
nak buat muka cembeng :/ ke?
nak garuk kepala ke?
nak nanges guling2 ke?
nak gelak mengilai ke?

pffftt. bila kepala bercelaru hati pun jadi tak menentu.

maka...

"dengan mengingati Allah..hati akan menjadi tenang"

tenang nur. istghfar nur. sabar nur. 
astaghfirullahhalzim...
*senyum leleh air mata*

tipu nur kata nur xjeles.
tipu nur kata kalau  nur tak nak ikut sama.
tipu nur kata nur pun nak tawa riang bersama mereka.

ohooi. diri. kepala mu dimana?
jangan pikirkan sangat apa yang hati duk kata.
sungguh Allah tuh Maha Bijaksana untuk bahagi2kan nikmat buat hamba2Nya.

maka yang tak nampaknya kamu..
errr...saya? yes. you my dear.

nur, bersyukurlah dengan apa yang Allah bagi.
Allah akan tambah nikmat tuh nanti jika kamu bersyukur.
itu. janji Allah nur. 
tsst tsst.

kalau apa yang nur nak xdpt sekarang, Allah pasti akan tunaikan esok atau lusa..
jika tidak lusa??
jika tidak lusa atau di dunia..Allah pasti tunaikan di akhirat sana.
sekarang Allah dah aturkan hidupmu yang jauh lebih bagus daripada mereka.
yang tak nak toleh dengan  nikmat Allah itu kamu nur.
kamu.

syukur nur. syukur.
alhamdulillah...

-----------------------------------------

teringat sebuah video dari Dr. MAZA.
beliau berucap:



"syukur itu lebih tinggi darjatnya daripada bersabar"

ada orang rumah bessar, kereta besar, belum tentu dia dapat nikmat lena di malam hari.
belum tentu dia bahagia dengan nikmat itu.

lain orang, lain ujiannya.
lain orang, lain nikmatnya :')

Allah tahu takat mana kita mampu nak beban nikmat dan ujian.

sabarlah. senyum. syukur.
Allah pasti gantikan padamu sesuatu yang jauh lebih baik yang kamu harapkan.

"Hasbunallah hi wanikmal wakil, hasbunallah hi wani'man nasir.."

aku serahkan segala urusakan ku pada Mu Ya Allah..
Engkau laah sebaik2 pendengar dan sebaik2 penolong :')

tiap kali nur tengok video ni, xleleh xsah. fuuuh. bukan sbb music backround je..tapi isi dari Dr Asri sendri buat hati dan kepala baru rasa boleh nak tolerate. baru boleh nak pikir waras. bukan ikut nafsu yang cuntas. huuu~ hayatilah video itu okeh?

notakaki: maaf. nur sebenarnya xsuka buat post bila mix feelings cmni. tapi nur rasa kali ni nur kena all outkan pada entri blog. moga manfaat juga. jom jadi orang yang bersyukur? :') 

doakn nur. ehh..salaing mendoakan eh? :)

jaga diri. jaga hati. jaga iman.
wassalam




Friday 11 January 2013

salju itu gigil.

assalamualaikum wbt ;)

[credit: fb f.hami***]

ohhooo..
salju itu menggiurkan aku..
sejuk yang digambarkan adalah keseronokan,
kegirangan yang sampai hari ni aku sendiri masih xmerasa,
cukuplah sekadar melihat photo2 indah teman2 di tanah antara benua sana..

ohhoo..
salju itu juga memedihkan,
menyakitkan,
buat si dia yang diperhentian pelarian syria dan palestina..
hanya sehelai selimut tipis cuma yang menutup tubuh kerdil yang berkongsi bsama tiga beradek yang lain.
hanya pondok khemah yang tidak punyai apa2 yang mengindahkan pandangan di mata.

Allah,
mereka juga patut merasa keseronokan seperti mana teman2 ku yg ceria..
namun..yang di ratah jiwa hanyalah keresahan sejuk beku yang tak terkata..
sungguh si dia merana.

--------------------------------------------------------------------------------

tanah palestin.

sudah 65 tahun tanah palestin dirampas oleh si durjana Israel!
adakah kau rasa sampai bila2 mereka akan berkampung di sana??

ouh tidak tidak! dengan izin Allah..ia TIDAK akan berlaku.
tanah palestin tetap akan dikembalikan..

mana kau tahu nur?
Aku percaya...Allah itu Maha Besar! Maha Berkuasa daripada dalang2 itu.

huh?
nur semalam mengadah telinga ke ceramah palestin yg disampai oleh seorang tokoh hebat.
siapa xkenal Dr. Zainur Rasyid. beliau sungguh! seorang pakar sakit puan. namun, beliau bukan sahaja betungkus lumus dalam bidang rawatan manusia..beliau juga sibuk dengan isu2 kemanusiaan seperti palestin, syira dan banyak lagi.
nur kagum dengan beliau.

okay, kita kembali pada realiti yg nur nak share ;)

kenapa nur pasti palestin akan kembali?
sebabnya....rakyat palestin ada Allah dalam hati mereka!

kata dr. zainur rasyid semalam..

dalam jiwa anak2 palestin semuanya sarat dengan Allah. nak mati, nak mati dengan pandangan yang mulia dari Allah. bahkan seorang menteri pertanian pun berusaha bercucuk tanam sebabnya nak mencari keredhaan Allah dan mati sebagai yang mulia di mata Allah..
walau adek kecil yang berumur 12 tahun juga bercita2 besar seperti itu...

seorang adek kecil yg bernama Hamas.
bila ditanya apa cita2 mu?

"saya ingin menjadi seorang doktor untuk merwat tentera2 pejuang yang cedera ketika mempertahankan tanah air dan umat islam."

kita??? bagaimana? adakah cita2 kita bersandarkan pandangan manusia atau pandangan Allah?
tanya akal dan imanmu...jika ia di jalan yang pantas (bahasa indonnya), maka ia satu KPI yang sudah bagus ntuk dirimu. cuma perlu untuk lagi melakukan dan me"reality" kan cita2 tersebut.
jika tidak?
awas. jom sama2 tajdid cita2 kita. jom ;) 

ouh ye..perlu diingatkan...dalam tanah palestin...ada masjid al- aqsa..iaitu tempat Rasulullah berisrak mikraj. maka, masjid inilah yg ingin Israel rampas ntuk jadikan temple mereka.walau dah mencecah 65 tahun tanah palestin diduduki Israel, mereka masih belum berjaya merampas masjid al-Aqsa.. dan nur pasti! mereka TAKKAN berjaya!!!! 

wahai readers yg dimuliakan Allah...masjid Al- aqsa itu bukan hanya milik rakyat palestin. ia milik semua kita beragama Islam.
yang mengaku Allah itu satu2nya Tuhan yang patut disembah. yang meyakini Muhammad itu Rasullah, junjungan besar buat kita.

maka, bukan nur suruh berjihad di medan Gaza itu, cukuplah dengan jihad kita dengan menunutut ilmu dan berikan kesedaran pada ummat masayarakat kita. cukuplah dengan hulur sedekah buat mereka. cukuplah dengan doa yang tidak putus buat mereka.

maka...
bersabarlah, sebentar lagi. palestin akan kembali!

nur ni yakin sangat je *kebil2 mata*
eh memang yakin. inshaAllah Allah kan ada bersama ;)

cuba kita tilik banding pejuang2 palestin dengan kita di msia..
mereka ni hebat! luar biasa! subhanallah!
pejuang palestin di sana ada ciri2 ni:

1) solat jemaah 5 waktu sehari semalam.
2)tidak merokok.
3)sebahagian besar menghafaz 30 juzuk al quran.

ehem..kita ada??? T___T

nak cukup solat lima waktu pun payah, nak kejar solat awal waktu pun susah..nak kejar jemaah 5 waktu sehari smlm?? Allah Allah..
yang bab hafaz quran ni...hari2 belek tak  quran mcm belek fb dan handphone? belek pun tak, hafaz jauh sekali laa...

amboi nur, sedaaaaaap je kan cakap cmtuh...awak tuh bagus sgt dah ke?
nur cakap..sbb nur pun sama plus minus laah cmtuh..astaghfirullah astaghfirullah...kita sama2 baiki diri. tmbah  amal. tambah hafalan quran..boleh? (tambah lagi satu dalam azam 2013, masih xlterlambat lagi nk buat sbb Allah masih bagi nyawa kpada kita hari ke hari  ntuk baiki diri kan? ) *senyum* alhamdulillah..Allah tuh Ar-Rahman, lagi pula Ar-Rahim. yang zalim itu siapa? diri kitaaa juga... Allah T______T

okaylah, jauh dah lari dari cerita...
peristiwa intifadhah... *ni bukan yang nasyid rabbani nyanyi tuh aw* ni intifadhah palestin..
intifadah ni mcam keyakinan yang rakyat palestin ada. mereka yakin bahawa Allah yang akn bersama dan membantu mereka. kesan daripada intifadhah ini, rakyat palestin akan bersemangat. tak takut mati kerana mereka tahu jika mereka mati..mereka telah sayhid di jalan Allah..

tapi..ia bagi kesan juga pada si Israel ni..
akibat intifdhah rakyat palestin, 

1) yahudi jadi takut
2)penduduk Israel yang telah mendiami tanah palestin takut.
3)isu palestin makin mendapat tempat di dunia
4) semangat jihad dalam kalangan rakyat palestin itu membara.

itulah nur kata tadi, palestin akan kembali sebabnya ramai sudah penduduk  tumpang Israel di tanah palestin telah keluar sebabnya takut dengan intifadhah yang rakyat palestin ada.

palestin akan menang!
takbir!

konklusinya:

1)kita rakyat malaysia harus bersyukur dengan nikmat Allah. jangan futur dengan fatamorgana yang semuanya ni hanyalah permainan dunia.

2)kita ini ujiannya lain. kita ini ujiannya peperangan mental. movie, lagu2 , sosial dan sebagainya itu ujian kita.
cari sahabt yg soleh atau solehah. bbukan bermakna kita meniggalkan mereka yang kurang.ouw.no no no..tidaakk..mksudnya...kena saling mengingatkan, menguatkan. jangan hina orang yang berbuat salah, tapi pimpin mereka. 

" Demi masa. sesungguhnya manusia berada dalam kerugian .kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" (surah al-asr)

dengan itu, benarlah. saling menasihati, saling mendoakan ntuk kearah kebaikan. selagi Allah masih berikan masa dan peluang, gunakanlah sebaiknya ;)

buat nur, *ehem* tindakan! tindakan! tindakan!

ni summary yg sangat ringkas dengan cermah yg nur hadir semalam. moga bermanfaat. sebarang pengomelan dan perkongsian yang lebih, sudi2kan share lah...selagi ada masa kan? 

wallahualam.




Wednesday 2 January 2013

ohoooi 2013!

assalamualaikum wbt.

walaaaalalalahhh!!! 2013 dah datang laah! walalalla, 2012 sudah pun pergi :'(

eh eh, kenapa sedih?

yelah, makin lama masa semakin pantas, makin lama kubur sudah menyahut2 panggil, makin lama kiamat itu makin mendekat.

Allah, apakah amalan ku sudah cukup tersedia untuk menemui Mu? T_T

Allah, adakah dosa2 ku yang dulu sudah terhapus sebelum menambah dosa2 yang mendatang lagi...?

Allah Allah Allah...

*reflection*

2012, terlalu banyak kenangan. terlalu banyak perit dan jerih yang nur hadapi berseorangan. dan tak lupa Allah itu Maha Adil, masih lagi memberikan nur kebahagiaan pada tahun 2012. and nur pasti, masing2 kitaa ada cerita tersendiri kan? ohuuu

ohoooi readers sekalian,
sebelum 2013 menjelma, hari2 terakhir dalam 2012, nur belajar terlalu banyaaaak perkara. *mcam buat annoucement palk haha ;D*

fisrt week of december, nur jadi fasi.
masa tuh nur sedar betapa banyaknya tanggungjawab yang perlu nur galas ntuk umaat.
tak lupa juga terlalulah banyaknya nur terleka sedangkan ramai sangat yang perlukan bantuan nur dalam memahami Islam itu sendiri. nur tahu nur masih lagi belajar, maka apa yang ada pada nur, nur perlu cuba untuk mengalirkan pada amalam zahir nur dan sebarkan pada umat kan? T.T kem tuh terlalu banyak erti buat nur.

second week of december,
nenek terlantar sakit di hospital.
dan nenek masuk ke hospital seremban.
nur jaga nenek ketika itu. dan nur berkenalan dengan beberapa orang doctors yang sangat2 baik dan determine.
yang paling nur kagum pada seorang doktor cina ni.
Allah, dia sangat2 bersungguh dalam kerjaya dia sebagai doktor.
bagi semngat pada pesakit, memujuk pesakit. ajar juga nur bbrapa perkara contoh mcm nak amek darah pesakit macam mana etc. wuuu, boleh jadi doktor dah kan? haha..

Allah, dia itu berbangsa cina, bukan Islam...
indahnya peribadi dia yang dapat menghiasi Islam jika dia seorang muslim...nur harap, ada muslim or muslimat yang berakhlak seperti itu. dan nur percaya ada..kan? kalau tak ad orang yang kita harapkan, maka..kitalah yang kena jadi orang begitu..xke??
 Allah, kena lah berubah..kenalah sedar, buatlah segalanya dengan bersungguh2. ohuu *azam*

third week of december,
nur berholiday bersama family.
firstly, nur pergi ke Demi Palestin di dataran TV Al-hijrah.
nur sempat laa jugak bergambar dengan farah Adeeba. nur jumpa sendri Heliza, Irma dan yaat yang hadir time tuh.
mereka share pengalamn mereka di Gaza sewaktu mereka menjadi salah seorang solidariti yang ke Gaza.

masih segar diingatan bagaimana Farah menyampaikan cerita seorang kanak2 di Gaza. :

 "ure my hero" kata kanak2 GAza kepada Farah dan Heliza.
"eh, no no..u re our hero" kata farah dan heliza pada kanak2 tersebut.

" no, ure my hero. because without you, kami takkan  terus kuat untuk berjihad bermandian darah di bumi ini"

farah and Heliza tercengang..

" kamu tak perlu datang ke sini. jihad kamu bukan disini, jihad kamu disana. jihad kami untuk bermandian darah menentang rejim zionis, jihad kamu adalah menuntut ilmu, bekerja dan berbakti pada umat. kamu tahu, tanpa doa2 kamu dan bantuan daripada kamu semua, kami xkan menjadi kuat seperti ini. jadi, Ure MY HERO!". panjang kanak2 gaza tersebut bercerita.

farah dan heliza tersentap. sebak. tersedar realiti yang Allah jadikan. tanggungjawab yang Allah galaskan pada setiap ummat.

teringat nur dalam Al-quran. Allah ada menyebut,

" dan tidak sepatutnya orang2 mukmin itu semuanya pergi ke (medan perang). Mengapa sebahagian dari setiap golongan diantara mereka tidak pergi untuk memperdalam pengetahuan agama mereka untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga dirinya" (At-Taubah : 122)

maka bernarlah, jihad kita di Malaysia bukan unutk berperang tapi memperdalam ilmu agama bagi memimpin masayarakat kita untuk terus berpegang pada jalan Allah.

#apabila 2013 menjelma.

maka berderet2 lah azam yang akan kita senaraikan kan? hoho. tapi, beringatlah, bukan azam hanya di kertas, cubalah ntuk melaksanakannya.

bukan berazam untuk menggapai kemewahan di dunia sahaja tapi beringatlah bahawa salurkan juga keazaman itu untuk pencapaian akhirat ;) jom sama2?

tapi, macam mana pun, kita kdang2 tak tercapai keazaman itu kalau kita nafsi2. atau sendiri2. jadiii, kita kena ajak rakan2 kita sama2 buat mala bakti semata2 kerana Allah. beribadah semata2 kerana Allah, ubah penampilan semata2 kerana Allah.. baruuuu, biah solehah yang kita cuba terapkan, pemahaman yang kita duk impikan tercapai.

bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

selamat tahun baru 2013. moga diri kita diampukan dosa2 lalu dan dipermudahkan segala urusan dalm tahun baru 2013 ini..ameeen. takbir!!!



jaga diri :) jaga iman :)

wallahualam

Friday 14 December 2012

AGAIN !!!!! ARGHH!

assalamualaikum wbt.

readers sekaliaaann.... T_T

nur dah musnahkan kereta umi lagiii! again! for the third time!!!! T_T *crying badly*
sedeh! sebabnyaaa....bukan nur yang kena bayar ganti rugi kereta tuh. umi abiiiii jugak!

masa nur pergi KRIM tu nur dah alami dah benda ni. tapi bukan nur yang drive. time tuh baruu nak bertolak balik and nur tumpang kereta sorang akhwat ni.

bila dia reverse, suddenly "boom!" batang pokok betul2 dekat belakang kereta.
ouhhh tiddaaakk!! cermin belakang kereta pecah! scattered habes. and and soooo todaay it happend to me! and I AM THE DRIVER OF THE CARRR!!!! *crack*

nur tak langgar pokok! tapi nur langgar belakang lorry!! nur yang lanngar lorry. O.o
nak reverse dari tempat parking, tak toleh cermin pandang belakang *agaknya*, lantas terlanggar lori itu dan terpecahlah cermin kereta ku!! T_T

i am really soryy umi abi sbb made  soo much trouble again and again.

remembered the akhwat said:

" tak pelah, tak de rezeki mak cik ni.." sabarnyaa dia.
so you nur, please lah sabar. ada hikmah semua benda kan? *senyum*

then teringat apa yang berlaku before kejadian tuh, nur cakap cmni kat angah habis beli barang dari sebuah pasarraya....

"see? pandai tak akak bajet beli barang? cukup2 je duit kan? *kenyit mata*

astaghfirullaaah...

nur tak ucap alhamdulillah. nur lupa! nur bangga time tuh. (ingat nk gurau2 ngn adek je) *sigh*
hah, amek kau..!.cepat je Allah nak tunjuk kuasa Dia.

Allah, sungguh terlalu kerdil diri ini. astaghfirullah..

dalam surah al-baqarah ayat 155-156 Allah sebut:

" dan pasti Kami akan menguji mu dengan sedikit  ketakutan, kelaparan, KEKURANGAN HARTA, jiwa dan buah-buahan. dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang sabar (155). iaitu pada orang2 yang apabila ditimpa musibah mereka berkata "innalillahi wainnailaihi raajiun" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali (156) "


dan apa yang menimpa nur, ini adalah ujian. bila ditimpa ujian, Allah suruh sabar. bila sabar kita akan dapat berita gembira.

dan betul, segalanya BUKAN milik kita.
wang untuk kereta itu bukan milik nur dan keluarga. itu hanya rezeki pinjaman dari Allah.

INNALILLAHI WAINNA ILAIHIRAJI UN..." :')


keadaan kereta umi yg telah nur musnahkan..hew hew.
alhamdulillah nur ngn angah okay..
dah laa ada P lagi..weng weng


apa2 pun lepas ni, nur nak gantung lesen! tak nak dah drive! tak nak dah susahkan umi abi.
relakan diri je laa nampaknye dengan menjadi muslimah rempit. hew hew

apa2 pun, nur harap ini yang terakhir...hew hew
doakan keselamatan nur. inshaAllah uuntuk semua juga..
jaga diri!! :)

wallhualam...