saudaraku,
Allah itu Maha Penyayang,
Allah itu tidak zalim...
dan sesungguhnya yang zalim itu adala KITA..
kita zalim kerana memandu diri kita ke arah kemaksiatan..
kita zalim kerana selalu terleka dengan teguran dan arahan Pencipta kita ya Illahi..
jangan pernah kau salahkan Dia..
Dia sudah berikan segala-galanya kepada kita wahai si pelupa..
namun nikmat manakah yang ingin kau dustakan??
dan sesungguhnya beruntunglah bagi orang2 yang berfikir...
ya Allah, kerna apa aku selalu mengeluh dengan ujianMu?
sedangkan aku tahu ujianMu adalah bukti cintaMu padaku...
berikan keampunan buat diri yang terlalu dhaif ini,
kerana aku tahu YA RAB!
Kau Maha pengasih lagi penyayang lebih daripada segala2nya..
di dalam sebuah hadis yang saya petik daripada buku : "jangan bersdeih, jadilah wanita yang berbahagia-Dr. a'idh
seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah :
'Ya Rasulullah, sebagai manakah Allah itu sayang akan kita? ' dan rasulullah menjawab.'wahai si fulan, cuba kau lihat itu ' (menunjukkan seorang ibu yang sedang menyusukan anaknya di dalam kendongannya), Allah itu lebih sayang dan cinta kasihnya lebih daripada seorang ibu' .
subhanallah,seorang yang kita gelarkan ibu, emak, mama, ummi..sangat2 penyayang. yang telah kandungkankan kita selama 9 bulan 10 hari, susukan kita membesarkan kita sehingga kita dapat melihat betapa besarnya dunia ini. dan Allah itu lebih berganda2 sayangnya pada ibu kita ini. subhanallah..maka, jangan persalahkan Dia bila kita dirudum kekecewaan...
cinta Allah itu luas, dan ujian itu bukan tanda benci Allah pada kita. namun, ujian adalah nikmat kerana dengan ujian itu Allah akn mengangkat pangkat kita di sisiNya. insyaAllah :)
sahabatku, jangan kau bersedih. jagan kau berputus asa. Allah suka kan muslim yang kuat daripada muslim yang lemah.
lahaulawala quwwata illa billah. 'tiada daya dan upaya melainkan kekuatan yang datangnya daripada Allah'
dan sungguhlah, kita datang daripada Dia dan sebaik2 tempat kita kembali adalah kepadaNya juga :)
ujian itu nikmat dan sakit itu penebus dosa...
wallhualam..
No comments:
Post a Comment