bismillahirrahmannirrahimm ... :)
saya harap semua readers sehat dan sentiasa di bawah pelindunganNya..^^
hari ni, tertarik nak kongsi bacaan saya melalui solusi isi no 38.
yepp. cuba kita tengok sekeliling kita...
ramai wanita hari ni yang menututp aurat, alhamdulillah,, tapi ramai juga kalangan mereka yang berakhlak buruk..ramai juga masyarakat yang mengadu, ramai wanita yang tidak menutup aurat tapi hatinya lebih baik daripada yang menutup aurat..
jadi, bila kita fikirkan semula, manakah yang lebih baik di pandangan Allah..
dan manakah yang lebih baik dari sudut pandangan kita..
saya pasti, ramai yang akan kata wanita yang tidak menutup aurat tapi hatinya mulia itu lebih baik..kan??
menurut hujahan solusi, sebenarnya sudah tentulah yang menutup aurat itu lebih baik. kerana dia telah menyempurnakan kewajipan sebagai hamba Allah..cuma yang perlu ditingkatkan lagi hanyalah ahlaknya.
dan sesungguhnya orang yang baik, lemah lembut tapi sayang dia tidak mennunaikan kewajipannya pada Illahi itu sebenarnya, mugkin mereka masih lagi mencari kefahaman tentang kewajipan untuk memenuhi syariat. dan insyaAllah, Allah akan buka pintu hati mereka juga satu hari nanti untuk mngikut syariat Islam itu.
namun, syaang jika yang menutup aurat itu berakhlak buruk kerana kemungkinan besar, iman di hati mssih belum mantap dan takut2 suatu hari nanti aurat yang tertutup itu terdedah suatu hari nanti. nauzubillah..
jika hati wanita itu baik, maka yang zahirnya juga akan turut sama akan baik. jika dalamnnya busuk, yang luar sudah tentu lagi buruk. bukan saya nak tuduh yang bukan2 tapi..itu ada benar..
kenapa ya agak2nya wanita ni perlu tutup aurat? bukan kah wanita mempunyai paras yang indah yang Allah ciptakan? kenapa wanita tak tayangkan sahaja yang indah itu?
serronok itu saya kongsikan dari buku fatimah syarha SEBARKAN CINTAMU..
cuba kita fikirkan, jika buku kesayangan kita pon kita balutkan dengan sempurna supaya ia tak rosak. inikan pula aurat atau penciptaan indah oleh Allah terhadap wanita, sudah pasti perlulahh lagi dijaga rapi, ditutup indah supaya yang hanya boleh melihat hanyalah orang2 yang halal baginya..dan supaya biarlah orang yang benar2 berhak mendapatkan haknya :) kalau kita pon, jika bapa kita memiliki segunung kekayaan, tentulah kita akn berebut2 untuk mendapatkan hak kita apabila bapa kita menutup mata. hinggakan cerita tentang harta ini menjadikan sebuah keluarga itu bercerai berai. sama seperti itulah tentang aurat wanita.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya (an-nur 24:31)
wanita ini Allah jadikan terlalu indah,
dengan keindahan itulah Allah turunkan perintah untuk wanita peliharanya,
bukan kerana Dia ingin menyusahkan dan berikan derita,
tetapi Allah terlalu sayangkan Hawa <3
lihatlah dunia,
hancur kerana seorang wanita,
rosak dan derita kerana wanita,
tetapi kerana wanita yang bijak juga menjadikan sesebuah keluarga itu hidup dalam bahagia..
dan sesungguhnya wanita yang bijak adalh yang hatinya sarat dengan peringatan dari Tuhannya...
maka sungguhlah Allah Maha Mengetahui akan apa2 yang kita tidak ketahui.. :)
maka, saya tidak menyuruh anda berjilbab labuh, cukup lah dengan kekuatan diri anda masing2 untuk menutup aurat itu.dan aurat bukan hanya setakat bertudung, yang perlu ditutup rapi adalah semua anggota kecuali muka dan tapak tangan..yang penting bila diri sudah menutup yang zahirnya, pastikan dalaman juga indahh <3 dan percayalah, wanita yang menutupi auratnya itu lebih dihormati dipandangan lelaki ajnabi..
terkenang sahabat saya berkata:
"biar kita tutup aurat supaya ia jadi pelindung diri kita. ada orang berpurdah kerana dia nak jaga pandangan mata, ada orang berjilbab labuh, supaya maruah diri lebih terjaga. tapi masing2 ikutlah kemampuan masing2 untuk kita pelihara diri kita dari dosa dan fitnah. "Islam itu indah dan mudah jika kita benar2 faham akannya...wallhuaalm...
No comments:
Post a Comment