Friday, 11 January 2013

salju itu gigil.

assalamualaikum wbt ;)

[credit: fb f.hami***]

ohhooo..
salju itu menggiurkan aku..
sejuk yang digambarkan adalah keseronokan,
kegirangan yang sampai hari ni aku sendiri masih xmerasa,
cukuplah sekadar melihat photo2 indah teman2 di tanah antara benua sana..

ohhoo..
salju itu juga memedihkan,
menyakitkan,
buat si dia yang diperhentian pelarian syria dan palestina..
hanya sehelai selimut tipis cuma yang menutup tubuh kerdil yang berkongsi bsama tiga beradek yang lain.
hanya pondok khemah yang tidak punyai apa2 yang mengindahkan pandangan di mata.

Allah,
mereka juga patut merasa keseronokan seperti mana teman2 ku yg ceria..
namun..yang di ratah jiwa hanyalah keresahan sejuk beku yang tak terkata..
sungguh si dia merana.

--------------------------------------------------------------------------------

tanah palestin.

sudah 65 tahun tanah palestin dirampas oleh si durjana Israel!
adakah kau rasa sampai bila2 mereka akan berkampung di sana??

ouh tidak tidak! dengan izin Allah..ia TIDAK akan berlaku.
tanah palestin tetap akan dikembalikan..

mana kau tahu nur?
Aku percaya...Allah itu Maha Besar! Maha Berkuasa daripada dalang2 itu.

huh?
nur semalam mengadah telinga ke ceramah palestin yg disampai oleh seorang tokoh hebat.
siapa xkenal Dr. Zainur Rasyid. beliau sungguh! seorang pakar sakit puan. namun, beliau bukan sahaja betungkus lumus dalam bidang rawatan manusia..beliau juga sibuk dengan isu2 kemanusiaan seperti palestin, syira dan banyak lagi.
nur kagum dengan beliau.

okay, kita kembali pada realiti yg nur nak share ;)

kenapa nur pasti palestin akan kembali?
sebabnya....rakyat palestin ada Allah dalam hati mereka!

kata dr. zainur rasyid semalam..

dalam jiwa anak2 palestin semuanya sarat dengan Allah. nak mati, nak mati dengan pandangan yang mulia dari Allah. bahkan seorang menteri pertanian pun berusaha bercucuk tanam sebabnya nak mencari keredhaan Allah dan mati sebagai yang mulia di mata Allah..
walau adek kecil yang berumur 12 tahun juga bercita2 besar seperti itu...

seorang adek kecil yg bernama Hamas.
bila ditanya apa cita2 mu?

"saya ingin menjadi seorang doktor untuk merwat tentera2 pejuang yang cedera ketika mempertahankan tanah air dan umat islam."

kita??? bagaimana? adakah cita2 kita bersandarkan pandangan manusia atau pandangan Allah?
tanya akal dan imanmu...jika ia di jalan yang pantas (bahasa indonnya), maka ia satu KPI yang sudah bagus ntuk dirimu. cuma perlu untuk lagi melakukan dan me"reality" kan cita2 tersebut.
jika tidak?
awas. jom sama2 tajdid cita2 kita. jom ;) 

ouh ye..perlu diingatkan...dalam tanah palestin...ada masjid al- aqsa..iaitu tempat Rasulullah berisrak mikraj. maka, masjid inilah yg ingin Israel rampas ntuk jadikan temple mereka.walau dah mencecah 65 tahun tanah palestin diduduki Israel, mereka masih belum berjaya merampas masjid al-Aqsa.. dan nur pasti! mereka TAKKAN berjaya!!!! 

wahai readers yg dimuliakan Allah...masjid Al- aqsa itu bukan hanya milik rakyat palestin. ia milik semua kita beragama Islam.
yang mengaku Allah itu satu2nya Tuhan yang patut disembah. yang meyakini Muhammad itu Rasullah, junjungan besar buat kita.

maka, bukan nur suruh berjihad di medan Gaza itu, cukuplah dengan jihad kita dengan menunutut ilmu dan berikan kesedaran pada ummat masayarakat kita. cukuplah dengan hulur sedekah buat mereka. cukuplah dengan doa yang tidak putus buat mereka.

maka...
bersabarlah, sebentar lagi. palestin akan kembali!

nur ni yakin sangat je *kebil2 mata*
eh memang yakin. inshaAllah Allah kan ada bersama ;)

cuba kita tilik banding pejuang2 palestin dengan kita di msia..
mereka ni hebat! luar biasa! subhanallah!
pejuang palestin di sana ada ciri2 ni:

1) solat jemaah 5 waktu sehari semalam.
2)tidak merokok.
3)sebahagian besar menghafaz 30 juzuk al quran.

ehem..kita ada??? T___T

nak cukup solat lima waktu pun payah, nak kejar solat awal waktu pun susah..nak kejar jemaah 5 waktu sehari smlm?? Allah Allah..
yang bab hafaz quran ni...hari2 belek tak  quran mcm belek fb dan handphone? belek pun tak, hafaz jauh sekali laa...

amboi nur, sedaaaaaap je kan cakap cmtuh...awak tuh bagus sgt dah ke?
nur cakap..sbb nur pun sama plus minus laah cmtuh..astaghfirullah astaghfirullah...kita sama2 baiki diri. tmbah  amal. tambah hafalan quran..boleh? (tambah lagi satu dalam azam 2013, masih xlterlambat lagi nk buat sbb Allah masih bagi nyawa kpada kita hari ke hari  ntuk baiki diri kan? ) *senyum* alhamdulillah..Allah tuh Ar-Rahman, lagi pula Ar-Rahim. yang zalim itu siapa? diri kitaaa juga... Allah T______T

okaylah, jauh dah lari dari cerita...
peristiwa intifadhah... *ni bukan yang nasyid rabbani nyanyi tuh aw* ni intifadhah palestin..
intifadah ni mcam keyakinan yang rakyat palestin ada. mereka yakin bahawa Allah yang akn bersama dan membantu mereka. kesan daripada intifadhah ini, rakyat palestin akan bersemangat. tak takut mati kerana mereka tahu jika mereka mati..mereka telah sayhid di jalan Allah..

tapi..ia bagi kesan juga pada si Israel ni..
akibat intifdhah rakyat palestin, 

1) yahudi jadi takut
2)penduduk Israel yang telah mendiami tanah palestin takut.
3)isu palestin makin mendapat tempat di dunia
4) semangat jihad dalam kalangan rakyat palestin itu membara.

itulah nur kata tadi, palestin akan kembali sebabnya ramai sudah penduduk  tumpang Israel di tanah palestin telah keluar sebabnya takut dengan intifadhah yang rakyat palestin ada.

palestin akan menang!
takbir!

konklusinya:

1)kita rakyat malaysia harus bersyukur dengan nikmat Allah. jangan futur dengan fatamorgana yang semuanya ni hanyalah permainan dunia.

2)kita ini ujiannya lain. kita ini ujiannya peperangan mental. movie, lagu2 , sosial dan sebagainya itu ujian kita.
cari sahabt yg soleh atau solehah. bbukan bermakna kita meniggalkan mereka yang kurang.ouw.no no no..tidaakk..mksudnya...kena saling mengingatkan, menguatkan. jangan hina orang yang berbuat salah, tapi pimpin mereka. 

" Demi masa. sesungguhnya manusia berada dalam kerugian .kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" (surah al-asr)

dengan itu, benarlah. saling menasihati, saling mendoakan ntuk kearah kebaikan. selagi Allah masih berikan masa dan peluang, gunakanlah sebaiknya ;)

buat nur, *ehem* tindakan! tindakan! tindakan!

ni summary yg sangat ringkas dengan cermah yg nur hadir semalam. moga bermanfaat. sebarang pengomelan dan perkongsian yang lebih, sudi2kan share lah...selagi ada masa kan? 

wallahualam.




No comments:

Post a Comment