Thursday, 3 November 2011

hati perlu dirawat

salamun alaikum kepada semuaa pembaca. jom kita tilik hati kita hari ni... :)


di dalam diri setiap insan itu ada seketul daging yang dipanggil qalbun, HATI , HEART etc...* selalu ceramah2 mana2 pon akn sentuh pasal ni * xpe , sekadar peringatan buat kita bersama.. sebelum saya mula bicara jom kita hayati lagu ni..moga membawa manfaat bersama ^^


listen to this song :)
kalau kita hayati, kita sebagai manusia takkan pernah lari dari kesilapan. memang sebab Tuhan dah kata insan ni yang membawa maksud pelupa. oleh itu, macam mana kejahatan yang manusia sering lakukan, sebenarnya hati2 ni tetap merintih untuk membuat kebaikan. dan sesungguhnya manusia memang suka akan kebaikan. jadi, sahabat dan saudara sekalian, jangan pernah berputus asa untuk berubah dan merebut kebaikan. biarlah orang nak kata kita apa dan apa. yang penting kita bukan nak kejar nilaian manusia tapi kita nak kejar nilaian Allah tu :)

teringat akan Rasulullah, baginda tak pernah memaksa untuk mengajak orang kafir memeluk Islam, tapi sebaliknya Baginda banyak menunjukkan qudwah yakni contoh teladan seperti bercakap dengan lemah lembut, hormati orang lain dan sebagainya kpada umat . Rasulullah nak tunjuk bahawa Islam itu Indah dan manusia memasuki Islam itu bukan kerana Rasulullah tetapi islam itu sendiri. Baginda memilih jalan untuk berperang hanya sebagai jalan terakhir untuk menentang orang2 kafir, firman Allah :
" tidak ada paksaan dalam Islam dan sesungguhnya telah jelas jalan yang mana benar daripada jalan yang salah." (s.al-baqarah 256 )

sahabat :) sebagai seorang muslim yang mengaku beriman, tunjukanlah contoh teladan yang baik kepada orang sekeliling kita dengan hati yang ikhlas kerana Allah bukan kita nak jadi hipokrit tapi nak buat sesuatu yang baik agar nama Islam itu tidak menjdi fitnah kepada orang bukan Islam. Hati ini sangat sedih dan rase mcam kena tembak je bila pernah sekali tuh saya terbaca contoh "anti melayu" dan sebagainya. memang tak nafilah orang tuh guna melayu, tapi , melayu itu adalah lambang rasmi pada Islam di Malaysia ini. jangan tunjuk kita lemah, kawan2!!

jadi..segalanya ada dalam genggamanmu.saya tak mampu nak selamatkan Islam seorang diri. saya perlukan awak, kamu dan anda2 sekalian. so,kita nak pilih jalan  yang mana..pilih laa sebab Allah juga berfirman :
"barangsiapa yg membuat kebaikan, maka itu untuk diri sendri, dan barangsiapa yg membuat kejahatan, maka itu akan menimpa dirinya sendri; kemudian kepada Tuhanmu kamu dikembalikan"
( s. al-jasiyah 15)
lihat! Allah kata kpada kita bahawa kita dikembalikan nanti. jadi, bukalah matamu seluas-luasnya, hidup kita hanya sementara, dunia ini hanya berjenaka dan hanya sentiasa menipu daya . jom kembalikan diri kita pada Sang Pencipta kita Ya Rabul Izzati itu. sesungguhnya Dia sangat merindukan kita. dan saya juga nak ingatkan pada diri saya dan semua, ujian itu sentiasa ada dalam kita cuba menjejak dan menggapai cinta Illahi kerana Allah kata " jangan kata kita beriman jika kita tidak diiuji "

teringat juga kata2 Hlovate dalam contengan jalanan :
 "the man who decided to change at twelve dies at eleventh hour "

bila saya ingat mesej ni, mesti saya takut sebab tidak nafikan kita selalu je hati berdetik nak berubah, tapi selalu kata. alaaa..hidupkn lama lagi.
tapi nak kata, hidup mati kita ni bukan ketentuan kita, Allah je yang Maha Mengetahui. ramai je yang mati dalam usia muda, dan ramai je yang masih hidup even usia dah melanjut tua. itulah ketetapan Allah.
bila hati terdetik untuk berubah, segeralah capai deringan itu takut2 Allah tarik nikmat hidayah itu dari kita.
nauzubillah.

" ya Allah, jangan biarkan hati kami berpaling di saat Engkau memberi hidayah dan petunjuk buat kami. amin "


semua insan berbuat dosa, tapi Allah itu Maha Pengampun. sekalipon kita taubat dan berbuat salah lagi, bertaubat kembali. kerana Allah suka orang yang sering bertaubat bukan hanya bertaubat.
jom istghfar bersama :)
astghfirullah hal azim...
jangan tambah luka di hati yang sering meronta inginkan cinta Illahi.tapi, kita perlu bagi rawatan pada hati2 ini ^^

bersedia mengejar cinta Illahi? hayyaa2!!
wallhualam^^ jaga diri :)

* saya juga insan yang lemah, maaf apa2 silap hanya untuk ingatan bersama*

No comments:

Post a Comment