Lakukan 3P
Pilih Perkataan Yang Baik
Lebih baik berdiam diri daripada berbual perkara yang tidak jelas. Pilihlah kata-kata yang benar saja apabila ingin berbicara. Tidak perlu menambah bualan orang, dan tidak perlu juga mengurangi sesuatu yang benar. Pilih yang baik, pilih yang tidak rosak supaya setiap butir kata kita akan lebih bermakna dan tidak sia-sia. Perbualan itu penting, tetapi kalau semua yang kita dengar selalu kita bualkan itu yang akan buat pening. Sebaliknya,berbuallah tentang perkara yang memberi manfaat,bukan perkara yang lagha dan sia-sia. Apatah lagi kalau perkara yang tentu sahihnya,mungkin sahaja akan mendatangkan fitnah. Juteru,kenal pasti topik perbuaan supaya tutur bicara kita sentiasa mengandungi manfaat.
" Tiga perkara bila dikerjakan nescaya tidak ada kedengkian dalam hati,iaitu ikhlas beramal kerana Allah SWT semata,saling menasihati sesama Muslim, dan tetap berada dalam jamaah Muslimin" (HR Ad -Darimi)
Perjelas Dengan Tabayyun
Tabayyun itu sesuatu yang remeh dan mudah. Tapi aneh dan sedikit peminatnya.
Makna kata fatabayyanuu diterjemahkan dengan “periksalah dengan teliti”. Maksudnya telitilah berita itu dengan cermat, dengan pelan-pelan, dengan lembut, tidak tergesa-gesa menghukumi perkara dan tidak meremehkan urusan, sehingga benar-benar menghasilkan keputusan yang benar.
Perkuatkan Nasihat Dan Zikir
Orang dinasihati itu akan merasa senang apabila menerima nasihat daripada sesorang. Menasihati itu banyak sekali pahalanya. Zikir juga tidak boleh dilupakan. Kerana itulah kekuatan kita sebagai orang Islam. Zikir boleh meberikan ketenangan dan kekuatan dalaman bagi seserorang. Ia mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Justeru, basahi bibir dan getarkan hati dengan zikir..
Wallahualam..^^
No comments:
Post a Comment