Thursday, 3 November 2011

Remaja Perlu Didekati,Bukan Dimusuhi

Remaja yang berteman dengan rakan sebaya memiliki harga diri yang lebih sihat.


jangan kau pernah pandang serong padaku,
aku tahu aku jijik dengan najis dosa,
kerana aku tahu aku manusia yang telah binasa,
tapi kau jangan pernah lupa kau juga manusia yang lupa seperti aku.
kita sama, tiada yang beza,
kau juga pernah berbuat dosa seperti aku..
namun, kau beruntung kerana hatimu telah dijirus keimanan terlebih dahulu dari aku..
dan itulah taqwa yang menjadi perbezaan darjat diantara kita.

oleh itu, kau punyai ilmu buatku,
jangan kau pernah lindungkan ia dariku.
tiuplah nasihat buat diriku biar aku tahu mana silapku.
walau terkadang aku buat tak endah dengan kata2 mu yang membuat diriku rimas mendengarnya.
tapi, kau tahu sahabat? hatiku sebenarnya dahaga dengan nasihatmu itu.

wahai sahabat, walaupun begitu, jangan kau putus asa untuk nasihati aku. 
aku mahu ke syurga bersamamu..berilah aku kefahaman, berilah aku pedoman dan berikan lah pimpinan..selamilah jiwa aku terlebih dahulu supaya kau tahu derita jiwa aku...

sahabat dan saudara2 sekalian...
lihatlah! jangan pernah kita mngutuk orang2 yang berbuat dosa kerana kita juga manusia yang berbuat dosa. kita bukan Tuhan untuk menghukum sesiapa.kita hanya manusia yang perlukan bantuan bersama untuk mengejar cintaNya. kalau kita rasa kita dah cukup baik, ingatlah, ada orang yang lebih baik dari kita. kalau kita rasa kita dah hebat, ingatlah ada orang yang lebih hebat dari kita. sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. orang-orang yang berbuat dosa seperti kita ini sebenarnya perlukan pimpinan dan kefahaman. jika mereka berbuat dosa, itu salah kita sebab tak bagi kefahaman pada mereka dan tak nak faham situasi mereka. selami jiwa2 ini. dan dekati. jangan sisihkan mereka. mereka adalah tanggungjawab kita jugaaa...kita nanti juga akan dipersoalkan di akhirat kelak...

moga dapat manfaat bersama..wallhualam ^^

No comments:

Post a Comment