Friday, 14 December 2012

AGAIN !!!!! ARGHH!

assalamualaikum wbt.

readers sekaliaaann.... T_T

nur dah musnahkan kereta umi lagiii! again! for the third time!!!! T_T *crying badly*
sedeh! sebabnyaaa....bukan nur yang kena bayar ganti rugi kereta tuh. umi abiiiii jugak!

masa nur pergi KRIM tu nur dah alami dah benda ni. tapi bukan nur yang drive. time tuh baruu nak bertolak balik and nur tumpang kereta sorang akhwat ni.

bila dia reverse, suddenly "boom!" batang pokok betul2 dekat belakang kereta.
ouhhh tiddaaakk!! cermin belakang kereta pecah! scattered habes. and and soooo todaay it happend to me! and I AM THE DRIVER OF THE CARRR!!!! *crack*

nur tak langgar pokok! tapi nur langgar belakang lorry!! nur yang lanngar lorry. O.o
nak reverse dari tempat parking, tak toleh cermin pandang belakang *agaknya*, lantas terlanggar lori itu dan terpecahlah cermin kereta ku!! T_T

i am really soryy umi abi sbb made  soo much trouble again and again.

remembered the akhwat said:

" tak pelah, tak de rezeki mak cik ni.." sabarnyaa dia.
so you nur, please lah sabar. ada hikmah semua benda kan? *senyum*

then teringat apa yang berlaku before kejadian tuh, nur cakap cmni kat angah habis beli barang dari sebuah pasarraya....

"see? pandai tak akak bajet beli barang? cukup2 je duit kan? *kenyit mata*

astaghfirullaaah...

nur tak ucap alhamdulillah. nur lupa! nur bangga time tuh. (ingat nk gurau2 ngn adek je) *sigh*
hah, amek kau..!.cepat je Allah nak tunjuk kuasa Dia.

Allah, sungguh terlalu kerdil diri ini. astaghfirullah..

dalam surah al-baqarah ayat 155-156 Allah sebut:

" dan pasti Kami akan menguji mu dengan sedikit  ketakutan, kelaparan, KEKURANGAN HARTA, jiwa dan buah-buahan. dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang sabar (155). iaitu pada orang2 yang apabila ditimpa musibah mereka berkata "innalillahi wainnailaihi raajiun" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali (156) "


dan apa yang menimpa nur, ini adalah ujian. bila ditimpa ujian, Allah suruh sabar. bila sabar kita akan dapat berita gembira.

dan betul, segalanya BUKAN milik kita.
wang untuk kereta itu bukan milik nur dan keluarga. itu hanya rezeki pinjaman dari Allah.

INNALILLAHI WAINNA ILAIHIRAJI UN..." :')


keadaan kereta umi yg telah nur musnahkan..hew hew.
alhamdulillah nur ngn angah okay..
dah laa ada P lagi..weng weng


apa2 pun lepas ni, nur nak gantung lesen! tak nak dah drive! tak nak dah susahkan umi abi.
relakan diri je laa nampaknye dengan menjadi muslimah rempit. hew hew

apa2 pun, nur harap ini yang terakhir...hew hew
doakan keselamatan nur. inshaAllah uuntuk semua juga..
jaga diri!! :)

wallhualam...

Thursday, 13 December 2012

ouh no no no!

gulp.
terbeliak bijik mata.
kecur saliva.

ouh no no no no!
nur dan FALL in LOVEEE with the jubah dress dari irinesweethouse. ouh no no.
nak order...tapiii...walala..tgh cuti kot..gulp!



iniiii  nak beli sbb nafsu kee atau atas dasar kepala boleh berpikir dan iman juga main peranan?
waduhh,,acane ni?? sabar nur sabar! ada rezeki akan ku garap jubah itu!
kak irine, please simpan untuk kite satu eh eh? *eh eh, cam nak betul2 beli jee??parah~~*serious o.O

nak muhasabah diri sikit..
ehem...cik nur, berhias itu boleh. Islam xlarang tapi ikutlah kemampuanmu . syaratnya, tak membazir, bersederhana dan menutup aurat. Dalam berfashion ni.. takut2 jugak bisik2 syaitan tetiba mngacu panah ke hatimu untuk menunjuk2 dan sebagainya. nauzubillah.sebab syaitan ni xkan pernah putus asa nak menggangu anak adam. mereka dah berjanjikan nak kacau kita? Allah peliharalah kami! ameen.

nur sukaaaa sangat jubah. sebab jubah pakaian isteri2 nabi :) tambah2 pula jubah ni senang nak pakai. sarong jee. tengah2 masak and tetiba umi ajak keluar..cepaaaat jee boleh nak bersiap..xke? and pergi mana2 pun sesuai jee dengan jubah. pastu jubah ni jugak bila kita pakai, akan nampak sangat2 sopan. so nak tak nak, bila appearence kita orang nampak sopan, kita pun sekaligus cuba jadi sopan dan beradab bila berhadapan dengan orang lain lebih2 lagi orang yang lagi tua dari kita :)

wherever we go, sebagai seorang muslim/muslimah.. kita akan membawa nama Islam itu. maka perlulah beringat dan berwaspada dari sekecil2 perkara pun :) sebab khalifah Allah xperlukan orang berkopiah dan berpurdah sahaja untuk sampai ilmu atau nasihat, KITA SEMUA adalah khalifah walaupun xberkata  apa2. cukuplah qudwah(contoh teladan) dan akhlaq yang jadi nasihat pada orang yang melihat..inshaallah sama2 praktikkan :)

dear readers, doakn nur! ahaaa :DD
fi amanillaah...wassalam :)

Tuesday, 11 December 2012

TCM homestay

assalamualaikum wbt. (a post yg kena buat muka tegang bila ini adalah arahan dri seorang bapa. heehe ;) )

well, cuba mata lihat pada tittle.
theres A homestay that i would like to promote.
used to be rumah kami sekeluarga.
its still nice inshaAllah masih elok sana sini. cantik dan sempurna sana sini sama ketika kami sekeluarga berteduh  di dalamnya.

location?
Taman Cahaya Mas, Masjid Tanah, Melaka.

harga sewa untuk satu malam?
rm 190 sahaja.

facilities?
3 bilik, satu bilik dilengkapi dgn :air-cond", dapur and 2 tandas. rumah ni luas. boleh muat dalam 10-15 orang inshaAllah..parking untuk 3 kereta :)

lain2...
hanya mengambil masa 10 min sahaja dari pantai Pengkalan Balak dan pantai Tanjung Bidara. 2km dari pekan Masjid Tanah. 45 min dari bandaraya Melaka. dekaaaat sahaja untuk ke semua lokasi sekitar Melaka :)


bilik utama.


ruang tamu utama


tempat makan.


antara bilik2 yang lain.

sesiapa yang berminat boleh menghubungi:
Encik Hisamudin : 0136206009
Puan Rohana : 0136134520

jika ada sebarang pertanyaan lanjut anda juga bole drop comment di bawah :)




Tuesday, 4 December 2012

syurga buah subhanallah~~

assalamualaikum wbt.
maaaf encik blog, nur telah mengabaikan anda saban hari. waaaaa T_T

okay laa, meski pun begitu. ive a veryyyy interesting story to share ni.
nur bru balik kem d'agroloka jelebu. nur paggil kem ni syurga buah sebab apa taw, kat situh, subhanallaah banyaaaaaaaaaak sgt buah pulasan, durian dan rambutan. act, ni kali kedua dtg kem ni tapi biarpun laa dtg ke kem tempat yang sama tapi nur dapat dua perkara yang berbeza.pengalamn yang berbeza, ilmu yang berbeza. alhamdulillaaah :)

masa kem first dulu tuh nur pergi sbb BTN masa form 4. time tuh kami ada aktiviti night walk. berBTN ni lebeh kepada nk tingkatkan keyakinan dan keberanian mcm tuh laa. dan sedar kita ni berada di Malaysia, kita perlu bangkit untuk jadikan Malayisa sebagai sebuah negara yang mantap dan sebagainya.

TAPI.....



kem kedua ni nur jadi fasi. tapi nur gasak jee enjoy betul2 dengan setiap slot tuh. kem ni under KRIM (kelab remaja isma malaysia). menjdi salah seorang fasi, buat nur sedar betapa beratnya amanah ntuk jadi khalifah. betapa besarnya tanggungjwab dalam mendidik ummah. dan bukan senang untuk mendidik, share ilmu etc sebab kita kenalah baiki diri untuk jadi qudwah kan? kalau tak, cmne org nak dengar cakap kita. huu. nur bukan orang yang sempurna, bukan org yang baik pun. terkadang iman ni goyah jugak ditiup bisikan nafsu dan syaitan, terkadang diri ni lena juga dibuai fatamorgana dunia. Allah Allah Allah. semoga nur terus thabbat untuk mujahadah dalam pebaikan diri neyh.

bila dah jadi fasi ni, mula lah orang akan menilai meskipun kita tahu tugas menilai dan menghukum tuh bukan kerja kita, tapiiii, manusia memang akan memandang sume benda tuh. jadinyaa, nak ke xnk ke, memang kena jaga segala bagai tindak tanduk ni. errrk erkk..takutnyaa~ pimpinlah diri ini ya Allah.

dalam kem ni kami pihak penganjur memang nak buka minda para remaja kita tentang ghuzwatul fikr arabnya, mksudnya serangan pemikiran. tengok laa suasana kita hari ni, bagaimana pihak2 zionist ingin memerangi umaat islam di malaysia. senang jee, melalui pemikiran. peperangan pemikiran ni jauh lebih bahaya dari peperangan yang biasa sebabnya, ia berlaku dalm kita tak sedar. sedikit demi sedikit mereka ingin menjatuhkan kita. tengok je laa rancangan tv hari ni, even hanyalah cerita cartoon, tapi still ada unsur yang boleh buat kita lalai.pastu cam pompuan suka shooping. (ahaaa, nur pun ade duit ke x kee mst nk shopping, xpaham betul weng weng). pastu melalui lagu2. nur xnafikan nur pun adaaa je dgr lagu2 lagho ni esp lagu2 english.( keh2, nur sukaaaaa sgt lagu2 yang maddie jane cover. ehee sbb melalui lagu2 english nur byk imrpve my english). *kononyelaah* haha, tapi kena waspada laa sbb hiburan tuh boleh, tapi sekadarnya kan?

eheee, nur kat sana jadi cm bebudak sket. keh3, susa nk seriyes nth knapa o.O mungkin yelah sbb adek2 kann. kang garang kang nages plak..hik2. soo nur byk sentuh hati mereka dgn nada suara yang gedik2 sket. hee. supaya kita boleh msuk sma2 mereka. aaallaaa.nur pun penah jugak jadi budak sekolah menengah. time sekolah menengah nur akn senang nak share apa2 bila kakak mcm cool gtuh, so yes, i try to treat people mcm nur suka bila nur di terat mcm tuh..ahaaa. paham ak? cm keleng sket ayat. ngeee :D

ouhh yee nur summarize kan perjalann kat sana ye? :)

day first :
- surprise adek2. konon berada di hutan
-debat sape dtg rela hati / parents suruh
-outdoor game yang sgt2 best and challenging (masuk lumpur paras peha!!!, lalu bawah lonkang, masuk tasik yg mcm nescafe warnanyaa T_T)
-pengisian tahsin solat

second day:
-aerobik
-pengisian (matlamat hidup)
-LDK 1
-malam night for gaza

third day:
-jalan2 ukhwah (petik buah smbil sharing moment dgn adek2, ni part paling touching sbb share sume bnda dgn adek2 pengalaman etc. hew hew)
-forum (zero to hero)
-kata2 terakhir dri fasi2
-penutup

alhamdulillah, the camp went sooo gooddd. nur pun belajar dgn adek2, adek2 pun belajar dgn kakak. so yes, smpi mati pun, kita masih lagi belajar. ilmu Allah ni terlalu luas. ilmu dunia ni sama je dgn setitik air laut sedangkan ilmu Allah tuh seluas lautan. Alllaaah....tersa bgtuh kerdil dihadapanNya. jom sama2 koreksi diiri dan kejar ilmu2 tu sama2 eh?

wahai serikandi sejati,
jom kita bangkit dari lena yang dah terlalu panjang ni,
jom sama2 perbaiki diri ini,
jom sama2 kejar syurgawi..

nur xbole nk gapai syurga tuh sendiri2,
nur perlukan anda sebagai teman dikali sepi,
nur perlukan ingatan dikala tenggelam dalam sukma duniawi.
nur pelukan doa2 darimu untuk terus tshabat di jalan ini.

wahai Allahu Rabbi, kuatkan ikatan hati2 kami  ameeeen.

betul dalam sebuah hadis ke kata2 hasan al-banna *kalau tahu bagi thu nur bole?*

" seorang manusia dengan manusia yang lain ibarat batu bata dalam binaan. jika batu bata tuh hanya ada satu, maka tiadalah bangunan yang boleh dibina catek dan tersenngam indah"

kita sangat memerlukan antara satu sama lain, biar jarak ini jauh, tapi doa itu sebagai pengikat hati :)



btw, alahmdulillaaah sgt2 dapat ketemu kakak fasi yang lain..hebat2 mereka ni. akk mira sebagai ketua kem komandor, kak sydah sebagai tim kem komandor, kak nisa sebagai ajk kerohanian, kak fitriyah, kak *apa en sorang lagi uh subahanllah lupa pulaaaak*, ika dan ainul..dan2 speselnya dpt jumpa adek pen-pall. sudah lama plan nk jumpa tapi xde jodoh..tapi alhamdulillaah laa jugak even xdpt jumpa dia, dapat jumpa adek dia. pastu kenal adek ni haa...nur panggil dia kechek sbb dia keceh. dia ni sllu jeleng2 nur (ehem, adek..akk ade hutang ke ngn awk? bhahaha) nway, nice to meet u all. love u always. ukhwah until jannah inshaAllah...

wallhualam. semoga bermanfaat ...


Monday, 30 July 2012

momentum seperti Roket ke angkasa

Asssalamualaikum....


11.30 PM
gosok2 mata sbb bruu bgun dri tdur. penat sgt kut. haha.
Eh, mana semua org ni? xsmpi2 lagi ke? ptotnya kita dah mula da ni, apa lambat sgt ni kak atiq?? ngantuk bebeno dah ni. aiyooo..

"xpe2 nur. mkn dlu."
mkn dlu? ouw, sedap2!! bubur lambuk dpt free kat bwah tdi. yey! makan! bgun tido mkn. bgus betul noi ni.

" okay, kita mula je la dlu eh?." "aah, sila lah kak atiq".
hari ni nk ckp psal perubahan.
bukan kita je yg kena berubah for good. tapi siapa sgka, segala ciptaan Allah ni, ada rintangan yg mereka nk kena tempuh.

sekarang ni bulan ramdhan. sepatotnya menjadi platform ntuk kita berubah. kenapa bulan ramdhan?
kita dulu pun belajar kan, rmdhan dri segi bahasa nya panas.cuaca di bulan rmdahn pun sllunya pnas.
dlm chemistry, bila ada heat, momentum akn vibrate. vibrate tuh means ada tenaga.
mcm tuh jugak la kita. Allah jdikan bulan rmdhan bulan ujian, bulan yg panas untuk kita jdi bertenaga dlm mkn kata jdi better bila hbes madrasah rmdhan ni.
panas. dan sbb pnas, rmiiii yg mengeluh penat bila berpuasa. tpi siapa sgka, dlm kepanasan dan keletihan itu, Alllah titipkan pahala yg tiada limit buat kita?

akk simpulkan mcm ni.
cuba kita lihat roket yg org inggeris bgga2kan...kita pun seronok tgok roket kan.
mcm mna roket tuh nk berlepas?

semua ternganga berfikir.

okay, ni akk sisipkan sikit video. (insyaALlah klo dpt, saya tunjukkn)

dri video tuh kita lihat, roket nk berlpas perlukan api. api itu panas, dn heat yg diperlukan roket ntuk berlepas bkn hnya 100 celcius, tapi beribu2 celcius.
dan roket bila nk berlepas, perlu melepasi tiga lapisan. lapisan atmospehere bumi, xengt apa dan last sekali di angkasa sana.
kita semua tahu roket tuh besaaarrr dan panjanggg... tapi..


yg tggl diangkasa itu bukan sebesar2 saiz roket yg kita lihat pada awal tdi, tapi behagian teratas roket *yeke bhgian teratas? entah bhagian apa tah,*sahaja tggal. sedikit demi sedikit bhagian2 roket itu perlu ditanggalkan ntuk ke angkasa.


ibarat kita di bulan ramdhan.
panas itu rmdhan. kejahilan itu kita tgglkn kerana untuk pergi lebih tggi dan jauh, xboleh dibebankan dengan benda(kejahilan) yg berat untuk smpi di kemuncak. kemuncak kita bukan di hari raya shaja. kemuncak kita adlah MARDHATILLAH..dan moga di akhir rmdhan  kita adlah diri kita yg baru. itu jika kita benar2 nk cpi rmdhan yg lebih baik dri sebelumnya.
*mungkin xbape nk paham sbb xde video tuh tmbh pulak yat mmg xreti2 nk susun, insyaAllah bila tgok video akn paham.hee*

berubah. perubahan.
bukan senang nk berubah. tapi xmustahil ntuk kita berubah.
barangkali apa yg ditaip ni mungkin rmi yg dah thu. xpe. kita tzkirah. peringtan.
cuba kita lihat helang. siapa sgka helang yg hensem dan macho ni bole hdup smpi 70 thun. ya, sama sperti umur manusia.
tapi siapa sgka, mereka ni kena hrungi rintangan juga mcm kita, manusia.


helang, apabila cpi umur 30 thun, paruh merka yg tajam akn panjang dan menjadi melengkung. bulu mereka menjdi tebal dan menjdi beban ntuk mereka terbang tggi. kuku mereka panjang dan xbole fungsi dengan baik ntuk cengkam musuh.
dengan paruh yg melngkung, seekor helang xbole nk mkn, bulu menjdi beban dan kuku pun xbermkna ntuk mencri msuh.

jdi mcmna nk truskn lagi 40 thun hdup mrka?
helang terpksa patah kan paruh mereka pada batu atau pokok, mereka terpksa cabut bulu yg tebal di bdan mereka. dan mereka terpksa mencabut kuku mereka itu.

daannn...
 mereka percya, dengan cara itu, mereka berubah menjdi HELANG yg bru. ntuk hdup dlm tmpoh 40 thun kehadpan nnti. dan dgn mereka yg bru, mereka dpt mkan dan hdup sprti mrka di awal kelahiran dlu.
siapa sgka  sang helang  kena buat perkara yg mnyakitkan itu?
itu helang..


dan manusia??

Allah xsuruh kita cabut kuku, cabut kulit pebagai yg kita ada. cuma kita kena korban sedikit perkara yg mnjdi kecintaan kita untuk menjdi org yg lebih baik. berubah menjdi yg terbaik. dan sungguh,  berubah itu sakit dan perubahan memang perlukan kesakitan. hanya org2 yg sabar dan yakin sahaja akn berani berkorban untuk menjdi yg terbaik.


Allah tunjukkn helang kpada kita, Allah tunjkkn hikmah tumbuhan buat kita yg mna semua hdupn ni assist kita ntuk jdi hmba yg lebih baik. tapi, manusia ttp lupa?


dan Allah sllu sebut dalm Quran:

"maka beruntunglah bagi org2 yg berfikir".



muhasabah bersama.moga bermanfaat. maaf terllu pnjng mungkiin. hnya perkongsian yg buat hati gentar bila dengar kak atiq bercerita.* gentar, tapi nak ambil tindakan tak? Allah, kuatkanlaah...*

wallahualam.

Saturday, 14 July 2012

wanita dunia : bidadari syurga

assalamualaikum :)

dan ini kata2 lintasan hati seorang insan berhati nurani.




tiap kali ku melangkah, akn ku fikirkan permata2 kata yang Allah trunkan.
bidadari. ya, bidadari yang nian indah di syurga sana.
bidadari yang kulit nya seperti telur kulit bersih, gebu dan sebagainya. mata yang indah sangat2 indah seperti jeli.

namun pun begitu, wanita dunia, tetap akn menjadi ketua daripada segala-gala bidadari di syurga sana.
layakkah aku ya Allah?
layakkah aku??
dan persoalan ini sering kali melintas di minda ku....

ceritanya:

.Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya :

Aku bertanya, "Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari bermata jeli?

Baginda menjawab, "Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat."

Aku bertanya, "Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari?"

Baginda menjawab, "Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas."





Allah Allah, sudah cukup kah aku?
sudah sempurnakah aku?
walaupun fikiran selalu melayang, untuk menjadikan syurga sebgai destinasi,..
dan ingin sentiasa menjadi bidadari di sisi suami yang tercinta di taman syurgawi nanti...

namun, diri ini masih seorang insan yang terleka dengan perkara duniawi.
Allah, tsabitkan kami dijalan MU
izinkan aku menjadi bidadari buat dirinya di bumi akhirat.
izinkan aku kemjadi ketua dari segala2 bidadari ya Illahi Rabbi.

dann....teringat nasyid menjemput bidadari yang sejak2 ni menjdi teman ketika sunyi.


Bila yakin tlah tiba,
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia 
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Reff
Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu mengisi hari...

Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa 
Memberikan makna

*nasyid ni lebih kepada pernikahan sebenarnya,hee :D*
mampukah aku menjadi bidadari buat mu, wahai bakal imamku?



wallahulam..

Friday, 13 July 2012

rasa serius

assalamualaikum :) lamanyaaa xmenaip taipan jemari di laman ni..woot woot. dan kali ni, nur rasa serius nak menulis. serius nk berkongsi. serius dalm segala-galanya. kenapa?? kenapa...erm sbb dah lama timbul rasa nk serius menulis cuma kekangan masa menjadikan niatku terbantut bantut. heee :D

okay, ilhamnya dtg dri buku Irma Hasmie yg nur baca pagi tadi ketika tggl bersendirian di rumah sorang akhawat nur. rasa nur...melalui blog ni. kita akn bersama. walau pun jauh dimata..huhu.nur akn jdi lebih tenang, xpendam rasa. xpening kepala.iinsyaAllah....


ouh..dan dan. nur jugak dpt inspirasi dri kawan2 keliling nur yg menjadi penulis2 hebat...mcm intan nadzirah, irine nadia, dan ramaaaaai lagi. hilal asyraf pun termasuk juga dlm list insiprasi penulisan nur di blog ni...

bila menulis, kena banyaaak membaca. bila mebaca, kena banyaaak fahami, bila dah faham kena banyaaak aplikasi. insyaAllah sama2 pertingkatkan.

jaga diri. wallahualam.

Thursday, 7 June 2012

jangan biarkan kita BUTA dengan dunia!!!


Aku lihat keliling dunia ini,
penuh, sarat dengan cinta,..
cinta antara manusia yang tiada henti,
cinta dan sibuknya manusia dengan harta yang tak tahu bila nak sepi..

ya Allah,
jangan biarkan kami buta dengan cinta manusia yang tidak abadi..
kerana sesungguhnya, yang menciptakan cinta itu Engkau,
yang setia itu Engkau,
yang beri limpahan nikmat yang tidak terhitung ini Engkau..
bukan manusia yg tidak mengenang budi..
oleh itu, ya Allah..
jangan palingkan hati kami untuk mencintai ibubapa kami, isteri2 kami, anak2 kami,
sahabat2 kami melebihi cinta kami terhadapMu..
dan sesungguhnya, pabila kami tidak batasi,
kami telah menzalimi diri kami sendiri, ya Rahman... *nauzubillah*



ya Allah,
jangan biarkan kami  menjadikan harta sebagai jiwa..
kerana harta bukan bekalan buat kami untuk ke akhirat sana..
kerana yang penuh setia bersama adalah amalan semasa di dunia..
dan sesungguhnya, 
pemberi harta yang tiada henti ini Engkau,
yang memberikan setiap nafas yang dihembus percuma ini Engkau,
maka wahai Allahu Rabbi...
bukakan mata hati kami...
untuk menjadi dalam golongan yang sedikit
iaitu menjadi dalam kalangan hambaMu yang bersyukur..

kaya, kaya dan kaya..
bila kaya harta,
kami gadaikan di jalanMu,
bila kaya ilmu dan akhlak,
kami taburkan untuk berbakti pada ummat,
bila hanya kami memilki hati, dan jasad yang masih kukuh di bumi,
kami tiupkan semangat saudara dengan senyuman penuh erti...

ohh indahnya iman jika kita miliki.
tapi kita manusia yang imannya seperti lif yang ada turun naiknya..
teruskan berdoa
teruskan berharap pada Allah!
bukan berlalu pergi dengan sang kekasih yang seperti buih2 dilaut,
dan bukan pula pada harta yang menggunung dan kaku..
jangan biarkan diri ni buta dengan Dunia!!!

Monday, 9 April 2012

Ibarat Solat Perpisahan

Kepada Abu Ayyub,Nabi Muhammad SAW menitipkan wasiat:
"Apabila engkau berdiri solat,maka kerjakanlah solat layaknya solat orang yang hendak berpisah yakni solat terakhir." (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah daripada Abu Ayyub,sebagaimana dalam Shohihul Jami'ish Shoghir

Andai ini solat terakhir maka bayangkanlah bahawa Malaikat Maut sudah mulai tiba di sisi kita untuk membuat perhintungan terakhirnya..wallahualam,,

Saturday, 21 January 2012

Mana Milik Kita


we nothing without Allah,,why??sebab dalam dunia ni sebenar nyr xde satu pun milik kita..ada wang yang banyak sekalipun,Allah boleh ambil bila-bila masa dengan menguji kita..Wallahualam

Thursday, 5 January 2012

Allah lebih penyayang dari seorang ibu..

salamun alaik semuaaa :) semoga hari2 yang berlalu semakin baik dan semakin indah untuk kita lalui. dan moga kita belajar dari masa2 yang pergi itu :)


saudaraku,
Allah itu Maha Penyayang, 
Allah itu tidak zalim...
dan sesungguhnya yang zalim itu adala KITA..

kita zalim kerana memandu diri kita ke arah kemaksiatan..
kita zalim kerana selalu terleka dengan teguran dan arahan Pencipta kita ya Illahi..

jangan pernah kau salahkan Dia..
Dia sudah berikan segala-galanya kepada kita wahai si pelupa..
namun nikmat manakah yang ingin kau dustakan??
dan sesungguhnya beruntunglah bagi orang2 yang berfikir...

ya Allah, kerna apa aku selalu mengeluh dengan ujianMu?
sedangkan aku tahu ujianMu adalah bukti cintaMu padaku...
berikan keampunan buat diri yang terlalu dhaif ini,
kerana aku tahu YA RAB!
Kau Maha pengasih lagi penyayang lebih daripada segala2nya..


di dalam sebuah hadis yang saya petik daripada buku : "jangan bersdeih, jadilah wanita yang berbahagia-Dr. a'idh
seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah :
'Ya Rasulullah, sebagai manakah Allah itu sayang akan kita? ' dan rasulullah menjawab.'wahai si fulan, cuba kau lihat itu ' (menunjukkan seorang ibu yang sedang menyusukan anaknya di dalam kendongannya), Allah itu lebih sayang dan cinta kasihnya lebih  daripada seorang ibu' .



subhanallah,seorang yang kita gelarkan ibu, emak, mama, ummi..sangat2 penyayang. yang telah kandungkankan kita selama 9 bulan 10 hari, susukan kita membesarkan kita sehingga kita dapat melihat betapa besarnya dunia ini. dan Allah itu lebih berganda2 sayangnya pada ibu kita ini. subhanallah..maka, jangan persalahkan Dia bila kita dirudum kekecewaan...

cinta Allah itu luas, dan ujian itu bukan tanda benci Allah pada kita. namun, ujian adalah nikmat kerana dengan ujian itu Allah akn mengangkat pangkat kita di sisiNya. insyaAllah :)

sahabatku, jangan kau bersedih. jagan kau berputus asa. Allah suka kan muslim yang kuat daripada muslim yang lemah.

lahaulawala quwwata illa billah. 'tiada daya dan upaya melainkan kekuatan yang datangnya daripada Allah' 

dan sungguhlah, kita datang daripada Dia dan  sebaik2 tempat kita kembali adalah kepadaNya juga :)

 ujian itu nikmat dan sakit itu penebus dosa...

wallhualam..

Sunday, 1 January 2012

Jangan Sombong

Hendak bersyukur pun,
itu adalah atas keizinan Allah SWT kepada kita.
Jadi jangan angkuh sangat dengan kebaikan yang kita ada.
Allah boleh jadikan kita penjahat bila-bila masa.
Ikhlaskan diri dengan kebaikan,
... dan sentiasa berusaha melakukannya dengan hati penuh kerendahan..

 Hilal Asyraf(Official)