Aku lihat keliling dunia ini,
penuh, sarat dengan cinta,..
cinta antara manusia yang tiada henti,
cinta dan sibuknya manusia dengan harta yang tak tahu bila nak sepi..
ya Allah,
jangan biarkan kami buta dengan cinta manusia yang tidak abadi..
kerana sesungguhnya, yang menciptakan cinta itu Engkau,
yang setia itu Engkau,
yang beri limpahan nikmat yang tidak terhitung ini Engkau..
bukan manusia yg tidak mengenang budi..
oleh itu, ya Allah..
jangan palingkan hati kami untuk mencintai ibubapa kami, isteri2 kami, anak2 kami,
sahabat2 kami melebihi cinta kami terhadapMu..
dan sesungguhnya, pabila kami tidak batasi,
kami telah menzalimi diri kami sendiri, ya Rahman... *nauzubillah*
ya Allah,
jangan biarkan kami menjadikan harta sebagai jiwa..
kerana harta bukan bekalan buat kami untuk ke akhirat sana..
kerana yang penuh setia bersama adalah amalan semasa di dunia..
dan sesungguhnya,
pemberi harta yang tiada henti ini Engkau,
yang memberikan setiap nafas yang dihembus percuma ini Engkau,
maka wahai Allahu Rabbi...
bukakan mata hati kami...
untuk menjadi dalam golongan yang sedikit
iaitu menjadi dalam kalangan hambaMu yang bersyukur..
kaya, kaya dan kaya..
bila kaya harta,
kami gadaikan di jalanMu,
bila kaya ilmu dan akhlak,
kami taburkan untuk berbakti pada ummat,
bila hanya kami memilki hati, dan jasad yang masih kukuh di bumi,
kami tiupkan semangat saudara dengan senyuman penuh erti...
ohh indahnya iman jika kita miliki.
tapi kita manusia yang imannya seperti lif yang ada turun naiknya..
teruskan berdoa
teruskan berharap pada Allah!
bukan berlalu pergi dengan sang kekasih yang seperti buih2 dilaut,
dan bukan pula pada harta yang menggunung dan kaku..
jangan biarkan diri ni buta dengan Dunia!!!