Saturday, 29 October 2011

cerita jiwa

life aint easy, theres always obstacles and sacrifices that we should go through. like saying goes...

                                        "learn from the past, pengalaman mematangkan kita"

but, today. the story is different...

seorang anak yang kelihatan sangat bahagia. tapi siapa tahu dia sentiasa menelan rasa, siapa tahu derita di jiwa...
dia cuba sedaya yang mungkin untuk jadi orang yang lebih baik. sudah taubat. tak mau dah jadi orang yang penuh dengan najis jahil . insaf.. dia sedar, dia datang dari Allah, macam mna berdosa dan baik sekalipon, kita akn hadapi balasan Allah tu.

ya Allah, beratnya ujian ini. tapi aku tahu. ramai lagi yang menghadapi ujian yang lebih berat dariku. jadikan aku kuat untuk menghadapi ujian Mu ini, ya Rab!
rintihan yang sering bermain di mulut hati anak ini. baginya, kekayaan bukan lah segalanya, namun perhatian dan didikan agama daripada keluarga itulah yang sering dinantinya. tapi, apakan daya, ..dia tak tahu mcam mana nak buat..

tapi ingat juga kata Allah:
" Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi kaumnya tidak mngubah sendiri"


ya Allah, apa yang ptot aku lakukan di saat jiwa merintih sebegini, ya Allah? aku tidak berdaya.

sebaik2 kebaikan yang kita lakukan adalah berbakti pada kedua ibu bapa. dia tahu. dia dah cuba sebaiknya berbakti. tapi... ya Allah, adakah aku ini tidak bersyukur ya Allah?? nauzubillah, berikan kekuatan padaku. aku tahu inilah ujian yang paling berat yang aku perlu tempuhi berbanding ujian kegagalan suatu ketika dahulu.
ya Allah, yang aku impikan hanyalah redhaMu dan aku tahu redhaMu terletak kepada redha kedua ibu bapaku. namun ya Allah, aku tidak berdaya...astaghfirullah...life aint easy. life aint easy. life aint easy.

astaghfirullahhalazim, Kau ampuni aku, Kau ampuni kedua ibu bapaku. sesungguhnya Engkau yang memberi petunjuk pada orang2 yang Kau ingini...life is not easy, but verily, after difficulties, theres a reliefe...(s. al insyirah )

Pokok Keimanan


Keimanan yang tidak menghasilkan amal adalah keimanan yang mandul.Ada kemungkinan pokok keimanan itu tidak dibajai dengan baik.
" Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik,yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia,supaya mereka beringat (mendapat pelajaran)". (Surah Ibrahim 24-25)

"Dua nikmat besar iaitu nikmat Iman dan Islam"

Pokok keimanan kita
1) Akar
2) Batang pokok
3) Dahan dan buah

Akar bagi pokok keimanan kita adalah kefahaman.
Batang kepada pokok keimanan kita adalah keikhlasan.
Dahan dan buah kepada pokok keimanan kita adalah sahsiah yang baik dan amal kebaikan

"Putus asa di tengah perjuangan itu adalah kerana kesilapan di titik permulaan."

Apabila iman terbina,hati basuh dengan pancuran keyakinan yang tiada taranya,maka lahirlah manusia-manusia yang sanggup berkorban.

Wallauhalam..^^

Thursday, 27 October 2011

Malam Pertama di Syurga

" Ini adalah kehormatan (bagi mereka). Dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa benar-benar (disediakan) tempat kembali yang baik (iaitu) syurga 'Adn yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka. Di dalamnya mereka bertelekan (di atas depan-depan) sambil meminta buah-buahan yang banyak dan minuman di syurga itu. (Surah Shaad: 49)

Di dalam al-Quran banyak menerangkan nikmat-nikmat syurga yang diimpikan setiap insan namun syurga itu sangat mahal.
" Dan (di dalam Syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik" (Surah Al-Waqiah:22-23)

"Dan di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya,tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin (Surah Ar-Rahman: 56)

Rasullulah SAW menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda beliau:
"...seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi nescaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Syurga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerusung wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada wanita dunia dan isinya." (HR Bukhari)

Amalan yang dibawa ke syurga
" Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila seorang ,manusia mati,putuslah amalan (setakat itu) kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan pahalanya) iaitu sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain,atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (HR Imam Ahmad)

Sumber buku: Malam Pertama di Syurga karya Adil Akhyar;terbitan Pustaka Azhar
Wallahualam..^^

7 Jenis Cinta

" Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah,bermusuhan kerana Allah,cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah". (HR Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)


Cinta disampaikan menerusi 7 pengertian yang berbeza di dalam al-Quran

1) Cinta al-Mawaddah (Penuh Kasih Membara)
Kebiasaan cinta ini adalah cinta antara suami isteri yang baru berkahwin atau cinta seorang hamba yang soleh kepada Allah S.W.T.

2) Cinta ar-Rahmah (Pengorbanan)
" Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir" (Surah ar-Rum: 21)

3) Cinta Kulfah (Mendidik)
"Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya". (Surah al-Baqarah:286)

4) Cinta al-Mailu (Tidak Keruan)
" Dan pastilah kamu tidak akan mampu berlaku adil antara ister-isteri kamu sekalipun kamu berusaha dengan bersungguh-sungguh,maka jangan pula kamu cenderung seorang daripadanya(yang kamu cintai) dengan sepenuh kecintaan dan meninggalkan yang lain tergantung sendirian.(Surah an-Nisa':129)

5) Cinta asy-Syaghaf (Mabuk Asrama)
" Berkata sekumpulan perempuan di bandar itu bahawa, "Sesungguhnya isteri raja telah menggoda anak bujangnya dengan dirinya sendiri. Dia telah terkena kemabukan cinta, kami memelihara (isteri raja) berada di dalam kesesatan yang nyata" (Surah Yusuf:30)

6) Cinta Ra'fah (Dayus)
" Penzina wanita dan penzina lelaki itu wajib disebat setiap seorang sebanyak seratus sebatan dan jangan pula kamu merasa belas kasihan terhapdap keduanya dalam melaksanakan agama Allah sekiranya kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat". (Surah an-Nur:2)

7) Cinta Shobwah (Syahwat)
" Wahai Tuhanku penjara itu lebih aku cintai kepada apa yang diserukan oleh (Zulaikha) atas diriku kepada perbuatan itu (zina),jika engkau tidak hindarkan aku daripada ajakan mereka pasti aku akan terjebak ke dalamnya dan termasuk di kalangan orang yang bodoh" (Surah Yusuf:33)

Al-Quran itu panduan. Sekecil perkara ada di dalamnya. Cinta? Terang dan jelas firman-Nya..Wallahualam..^^

Wednesday, 26 October 2011

sejuta cinta untuk ibunda

Tanyalah ibu anda,"Ibu,adakah ibu meredai saya?"


Menjadi Soleh di Mata Ibunda
SubhanaAllah,,bagaimana kita ingin menjadi anak yang soleh/solehah??siapa yang tak nak jadi anak yang soleh/solehah??dan siapa tak nak ada anak yang soleh/solehah??Al-auladun abrar iaitu anak yang soleh salah satu 7 petunjuk kebahagiaan dunia..

Saat Rasulullah S.A.W tawaf, Rasulullah S.A.W bertemu dengan anak muda bahunya bengkak-bengkak. Selesai tawaf, Rasullulah S.A.W bertanya kepada anak muda itu, "Kenapa bahumu itu?" Jawab anak muda itu, "Wahai Rasullulah, saya dari Yaman. Saya mempunyai ibu yang uzur. Saya sangat menyayanginya dan saya tidak melepaskan dia. Saya melepaskan ibu saya hanya ketika buang hajat,ketika solat,atau ketika istirehat,selain itu saya selalu mendukungnya." Lalu anak muda itu bertanya," Wahai Rasulullah S.A.W, apakah aku sudah termasuk ke dalam orang yang berbakti kepada ibu bapa?" Nabi S.A.W sambil memeluk anak itu mengatakan, "Sungguh Allah reda kepadamu, kamu anak yang soleh,anak yang berbakti tetapi anakku ketahuilah cinta ibu bapamu tidak akan terbalaskan olehmu,"

Daripada hadis ini, kita boleh lihat betapa besarnya cinta ibu bapa kita terhadap anaknya malah amal ibadah kita ternyata tidak cukup untuk membalas cinta dan kebaikan ibu bapa kita. Namun,peringkat minimum sebagai anak yang soleh adalah berdoa , di mana doa anak yang soleh kepada ibu bapanya dijamin dikabulkan Allah. Berbahagialah kita apabila memiliki anak yang soleh..

Siapkan hadiah untuk ibu bapa
Siapkanlah amal terbaik kita supaya mereka selalu tersenyum bahagia. Itulah tugas menjadi anak yang soleh/solehah

1) Bergaul baik dengan ibu bapa
" Berbaktilah kepada kedua-dua orang tuamu" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

2) Berbicaralah dengan sopan
" Dan Tuhanmu telah perintahkan,supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkatan "Ah" dan janganlah engkau menengking  menyergah mereka , tetapi katakanlah kepada mereka perkatan yang mulia yang bersopan santun.. (Surah al-Isra:23)

3) Rendah diri dan tidak sombong
" Jangan mengabaikan (membenci dan menjauhi) orang tuamu. Barangsiapa mengabaikan orang tuanya maka dia kafir." (HR Muslim)

4) Jangan lupakan sedekah
" Mereka bertanya kepadamu tentang apa yang mereka infakkan. Jawablah, "Harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu bapamu,kaum keluarga,anak-anak yatim,orang-orang miskin dan musafir. Dan apa sahaja kebajikan yang kamu perbuat sesungguhnya Allah maha mengetahui." (Surah al-Baqarah:215)

5) Doakan ibu bapa
" Apabila seseorang meniggalkan doa bagi kedua orang tuanya maka akan terputus rezekinya" (HR Ad-Dailami)

Buku ini akan membuatkan anda menangis dan menginsafi diri.
" Naskah yang seharusnya dimiliki oleh setiap daripada kita yang bergelar anak kerana setiap daripada kita lahir ke dunia kerana ibu. Tanpa ibu, siapalah kita. Hanya reda ibu dan bapa, kita dapat memiliki reda Allah. InsyaAllah,ada manfaatnya.. "Keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua orang tuanya dan murka Allah pun terletak pada murka kedua oarng tuanya" (HR Al Hakim)
Wallahualam..^^

Tuesday, 25 October 2011

1 + 1 = sahabat atas iman :)

ya Allah, betapa indah ukhwah ats iman ini ya Allah. hasilnya luar biasa.

"kita bina persahabatan atas dasar iman untuk kita saling melengkapi antara satu sama lain untuk menjadi hamba yang baik di sisi Illahi. kenapa iman agaknya? sebab, iman sahaja yang akan kita bawa hingga ke akhirat. paras rupa yang indah akan jadi tua, rumah, harta akan musnah. kebaikan akan diiuji. hanya keimanan yang ada redha Allah yang akan kita kejar sampai ke mati. kita mahu jadikan persahabtan kita sebagai ibadah untuk persediaan meghadap Illahi.."

" kalau kau mahu terjun ke neraka, aku akan terjun sama untuk aku  tarik tangan kau semula dan jalan beriringan untuk kita sma-sama sampai ke syurga "- itu sahabt sejati.

tapi yelah, kita manusia selalu je ckap aku sayang kau lah kawan. tapi nak sayang mcam mana?? k fine. sayang kena caranya. IMAN . ni je lah pembekal kita untuk merealisasikan hajat untuk capai "sayang, kau la kawan. no worries, no bggies etc".

imam malik pernah berkata. " sahabt itu mencerminkan diri kita. kalau baik dia, baik lah peribadi kita, bruk dia, begtulah kita"

betapa besarnya impak seorang sahabt buat kita. rugilah jika seseorang itu bersahabt kerana si temannya yes, good-looking, or kaya, kecheeingg, or cun-melecun or any yg seumpama dngannya, kerana saat dunia mentertawakn kita, saat dunia tidak percaya pada kita, di situ kita boleh lihat seorang sahabat yang sejati yang mana faham akan kita, bersangka baik dengan kita dan paling indah,        

BILA KITA BUAT SALAH, DIA SERING MEMPERINGATKAN KITA.

IMAN pembekal di dalam hati mnyebabkan dia (sahabat sejati) yakin kita benar ketika dalam keadaan yang meghimpit. kerana apa? iman itu ALLAH redha :)

"  selemah-lemah persahabatan adalah bersangka baik dan berlapang dada"
  
itu selemah -lemah persahabatan. cubalah  kita bayangkan, kalau kita kata itulaa shabat dunia akhirat aku,sedangkan dibelakang kita dia sering bersangka buruk..jadi, agak2nya, tercapai x matlamat untuk mmbina persahabtan walaupun selemah-lemah persahabtan itu?? tepuk dada, tnya lah iman :)

sehebat-hebat persahabtan adalah itsar *arab* yang memberi maksud mencintai sahabat lebih daripada dirinya, kita gadaikan nyawa, kita gadaikan harta, kita gadaikan cinta kerana sahabat. cinta? ouh.,hee, sya akan ulas lanjut tentang bab ini. tak senang cerita, dia sanggup berkorban apa sahaja untuk sahabat di jalan Allah, biar kita bina ukhuwah dengan redhaNya. 

" sesugguhnya di hari kebangkitan itu terdapat sahabat-sahabat yang saling memusuhi kecuali bagi orang yang bertqwa. -s, az-zukhruf 67-"

betapa indahnya iman jika dimiliki, hatta dalam persahabatan juga perlu diterapkan iman.

tapi..saya manusia,

ya!awak ingat saya malaikat?
saya juga manusia seperti anda. kita cuba sedaya yang mungkin untuk menjadi sahabat yang baik yang memimpin sahabat untuk ke syurga. dapat kita menimati indahnya di syurga bersama, kan sweet tuh?..Allah sediakn syurga untuk semua. barangsiapa yang teguh iman dan bermujahadah, puncak kejayaan adlah di akhirat sana. bukan dengan orang yang dekenali sahaja perlu berniat begini, tetapi dengan semua saudara seislam kita :) 

" tidak sempurna iman seseorang itu melaikan mencintai saudaranya seperti mana dia mencinta dirinya"-hdis riwayat al- Bukhari dan Muslim-

mari kita perbaharui persahabatan:
pegang erat tangan sahabat anda, dan ucaplah, "mari kita jadi sahabat kerana IMAN <3"


 jaga diri,
jaga hati,
jaga iman...
wallhualam..^^


- ilham dari ALLAH melalui sinergi,hilal asraf-

we try to be the best !

Bismillah..coretan yg hanya sekadar perkongsian.

tika membca..buka hatimu, buka mindamu. lihat lah dunia dgn mata hati supaya kita terus mencintaiNya

coretan 1)

lelaki yang kami rindukan

lelki yg kami rindui,
hnya iman pggerak hidupnya, tiang agama, btinnya taqwa, ilmu teguh didada, htinya sarat cinta kepda Allah
dn rasulNya,
suluhnya bukan nafsu semata, tapi ihsan kaya di jiwa.

lelaki yg kami rindui,
terhibur dgn kalamullah, merasa mnis dgn zikrullah, rindukan perjuangan rasullullah, cintakan sunah kekasih Allah, gagah menangkis mehnah, di akhir zaman yg penuh dgn fitnah.

lelaki yg kami rindui,
mengemudi bahtera rumah tangga, petunjuknya al-quran, petanya sunnah junjungan.
panjinya islam, sauhnya iman, layarnya taqwa, pakaiannya sabar, smangatnya mmbara,
setiap ktika, menggamit ketaatan

lelaki yg kami rindui,
mlmnya syahdu dek tangisan, tidak terbuai dek lena yg panjang, munajatnya pilu penuh keinsafan,
sujudnya penuh kehambaan.

gentarkan neraka jahannam,
agar x mnyentuh anak istri tersayang.

lelaki yg kami rindui,
mengenal kami cinta hakiki,
cinta Illahi itulah visi, agar hdup diiringi Rabbi, bersih dri segala tipuan iblis.


dan..lelaki yg kmi rindui,
membentangkan kami permaidani muhasabah,
kata-katanya adlah tazkirah, senyumnya adlah nasihah,
dan telunjuknya adalah arah, agar tetaplah kami penuh hebah,
dia ats landsan islam yg indah 
hingga ketitisan darah.


 coretan 2)
surat cinta buat mu Hawa

Hawa, dulu ku perlukan mu sbagai teman berbudi. menemani tugas beratku sbgai khalifah di bumi. kaulah cerminku yang sentiasa memuhasabah diri. tapi kini, keindahanmu sering kupuja kau salah erti. kau tampil menghiburkan dunia dgn susk tubuhmu. kaumku kekaburan. matanya bertelanjang. hatinya lemas ditelan keasyikan. ah, mmg kaumku suka mngambil kesempatan! tapi knapa kau jual dirimu bang barang pameran? dimana hlang malumu yg mnjdi hias pakaian?ak bisa terhumban ke naraka kerananya. kau gunakn keistimewaanmu untuk menggoda, RACUN pada JIWA, air matamu untuk mnipu daya, dan panahn matamu untuk melemahkan iman. oh, Hawa, aku rindukan Hawa yg dulu! malu, terjaga terpelihara
* maafkan diriku dan kaumku yg mmbuat durjana, adam *

Hawa, ku thu kau ibarat rusuk nan rapuh dan bengkok, perlu hati-hati untukku luruskan. lantaran itu, kudatang bukan untuk menunjukkan cengkaman kuku tajam di kaki, bukan juga mengugut dgn paruh berbisa, tapi supaya direnung bersama bahawa antara kita perlu sentiasa mmperbaiki diri. dengarlah bisikan dariku, sesungguhnya aku rindukan Hawa yang dulu, sesuci maryam, seteguh Aishah, setulus Khadijah, setabah Fatimah. meraka lambang insan bernama Hawa.

astaghfirullahhal azim. talk is easy than done. tpi, ingat. mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.
berikan kekuatan, Ya Rabbil izzati...
wallhualam...


jazakillah ukhti fatimah syarha. author of seindah mawar berduri :)