" Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah,bermusuhan kerana Allah,cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah". (HR Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)
Cinta disampaikan menerusi 7 pengertian yang berbeza di dalam al-Quran
1) Cinta al-Mawaddah (Penuh Kasih Membara)
Kebiasaan cinta ini adalah cinta antara suami isteri yang baru berkahwin atau cinta seorang hamba yang soleh kepada Allah S.W.T.
2) Cinta ar-Rahmah (Pengorbanan)
" Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir" (Surah ar-Rum: 21)
3) Cinta Kulfah (Mendidik)
"Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya". (Surah al-Baqarah:286)
4) Cinta al-Mailu (Tidak Keruan)
" Dan pastilah kamu tidak akan mampu berlaku adil antara ister-isteri kamu sekalipun kamu berusaha dengan bersungguh-sungguh,maka jangan pula kamu cenderung seorang daripadanya(yang kamu cintai) dengan sepenuh kecintaan dan meninggalkan yang lain tergantung sendirian.(Surah an-Nisa':129)
5) Cinta asy-Syaghaf (Mabuk Asrama)
" Berkata sekumpulan perempuan di bandar itu bahawa, "Sesungguhnya isteri raja telah menggoda anak bujangnya dengan dirinya sendiri. Dia telah terkena kemabukan cinta, kami memelihara (isteri raja) berada di dalam kesesatan yang nyata" (Surah Yusuf:30)
6) Cinta Ra'fah (Dayus)
" Penzina wanita dan penzina lelaki itu wajib disebat setiap seorang sebanyak seratus sebatan dan jangan pula kamu merasa belas kasihan terhapdap keduanya dalam melaksanakan agama Allah sekiranya kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat". (Surah an-Nur:2)
7) Cinta Shobwah (Syahwat)
" Wahai Tuhanku penjara itu lebih aku cintai kepada apa yang diserukan oleh (Zulaikha) atas diriku kepada perbuatan itu (zina),jika engkau tidak hindarkan aku daripada ajakan mereka pasti aku akan terjebak ke dalamnya dan termasuk di kalangan orang yang bodoh" (Surah Yusuf:33)
Al-Quran itu panduan. Sekecil perkara ada di dalamnya. Cinta? Terang dan jelas firman-Nya..Wallahualam..^^
No comments:
Post a Comment