Saturday, 29 October 2011

Pokok Keimanan


Keimanan yang tidak menghasilkan amal adalah keimanan yang mandul.Ada kemungkinan pokok keimanan itu tidak dibajai dengan baik.
" Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik,yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia,supaya mereka beringat (mendapat pelajaran)". (Surah Ibrahim 24-25)

"Dua nikmat besar iaitu nikmat Iman dan Islam"

Pokok keimanan kita
1) Akar
2) Batang pokok
3) Dahan dan buah

Akar bagi pokok keimanan kita adalah kefahaman.
Batang kepada pokok keimanan kita adalah keikhlasan.
Dahan dan buah kepada pokok keimanan kita adalah sahsiah yang baik dan amal kebaikan

"Putus asa di tengah perjuangan itu adalah kerana kesilapan di titik permulaan."

Apabila iman terbina,hati basuh dengan pancuran keyakinan yang tiada taranya,maka lahirlah manusia-manusia yang sanggup berkorban.

Wallauhalam..^^

No comments:

Post a Comment