Wednesday, 26 October 2011

sejuta cinta untuk ibunda

Tanyalah ibu anda,"Ibu,adakah ibu meredai saya?"


Menjadi Soleh di Mata Ibunda
SubhanaAllah,,bagaimana kita ingin menjadi anak yang soleh/solehah??siapa yang tak nak jadi anak yang soleh/solehah??dan siapa tak nak ada anak yang soleh/solehah??Al-auladun abrar iaitu anak yang soleh salah satu 7 petunjuk kebahagiaan dunia..

Saat Rasulullah S.A.W tawaf, Rasulullah S.A.W bertemu dengan anak muda bahunya bengkak-bengkak. Selesai tawaf, Rasullulah S.A.W bertanya kepada anak muda itu, "Kenapa bahumu itu?" Jawab anak muda itu, "Wahai Rasullulah, saya dari Yaman. Saya mempunyai ibu yang uzur. Saya sangat menyayanginya dan saya tidak melepaskan dia. Saya melepaskan ibu saya hanya ketika buang hajat,ketika solat,atau ketika istirehat,selain itu saya selalu mendukungnya." Lalu anak muda itu bertanya," Wahai Rasulullah S.A.W, apakah aku sudah termasuk ke dalam orang yang berbakti kepada ibu bapa?" Nabi S.A.W sambil memeluk anak itu mengatakan, "Sungguh Allah reda kepadamu, kamu anak yang soleh,anak yang berbakti tetapi anakku ketahuilah cinta ibu bapamu tidak akan terbalaskan olehmu,"

Daripada hadis ini, kita boleh lihat betapa besarnya cinta ibu bapa kita terhadap anaknya malah amal ibadah kita ternyata tidak cukup untuk membalas cinta dan kebaikan ibu bapa kita. Namun,peringkat minimum sebagai anak yang soleh adalah berdoa , di mana doa anak yang soleh kepada ibu bapanya dijamin dikabulkan Allah. Berbahagialah kita apabila memiliki anak yang soleh..

Siapkan hadiah untuk ibu bapa
Siapkanlah amal terbaik kita supaya mereka selalu tersenyum bahagia. Itulah tugas menjadi anak yang soleh/solehah

1) Bergaul baik dengan ibu bapa
" Berbaktilah kepada kedua-dua orang tuamu" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

2) Berbicaralah dengan sopan
" Dan Tuhanmu telah perintahkan,supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkatan "Ah" dan janganlah engkau menengking  menyergah mereka , tetapi katakanlah kepada mereka perkatan yang mulia yang bersopan santun.. (Surah al-Isra:23)

3) Rendah diri dan tidak sombong
" Jangan mengabaikan (membenci dan menjauhi) orang tuamu. Barangsiapa mengabaikan orang tuanya maka dia kafir." (HR Muslim)

4) Jangan lupakan sedekah
" Mereka bertanya kepadamu tentang apa yang mereka infakkan. Jawablah, "Harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu bapamu,kaum keluarga,anak-anak yatim,orang-orang miskin dan musafir. Dan apa sahaja kebajikan yang kamu perbuat sesungguhnya Allah maha mengetahui." (Surah al-Baqarah:215)

5) Doakan ibu bapa
" Apabila seseorang meniggalkan doa bagi kedua orang tuanya maka akan terputus rezekinya" (HR Ad-Dailami)

Buku ini akan membuatkan anda menangis dan menginsafi diri.
" Naskah yang seharusnya dimiliki oleh setiap daripada kita yang bergelar anak kerana setiap daripada kita lahir ke dunia kerana ibu. Tanpa ibu, siapalah kita. Hanya reda ibu dan bapa, kita dapat memiliki reda Allah. InsyaAllah,ada manfaatnya.. "Keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua orang tuanya dan murka Allah pun terletak pada murka kedua oarng tuanya" (HR Al Hakim)
Wallahualam..^^

1 comment: