" Ini adalah kehormatan (bagi mereka). Dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa benar-benar (disediakan) tempat kembali yang baik (iaitu) syurga 'Adn yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka. Di dalamnya mereka bertelekan (di atas depan-depan) sambil meminta buah-buahan yang banyak dan minuman di syurga itu. (Surah Shaad: 49)
Di dalam al-Quran banyak menerangkan nikmat-nikmat syurga yang diimpikan setiap insan namun syurga itu sangat mahal.
" Dan (di dalam Syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik" (Surah Al-Waqiah:22-23)
"Dan di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya,tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin (Surah Ar-Rahman: 56)
Rasullulah SAW menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda beliau:
"...seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi nescaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Syurga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari kerusung wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada wanita dunia dan isinya." (HR Bukhari)
Amalan yang dibawa ke syurga
" Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila seorang ,manusia mati,putuslah amalan (setakat itu) kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan pahalanya) iaitu sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain,atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (HR Imam Ahmad)
Sumber buku: Malam Pertama di Syurga karya Adil Akhyar;terbitan Pustaka Azhar
Wallahualam..^^
No comments:
Post a Comment